BlogList Malaysia

17 July 2012

Ketua Polis Kelantan Berniat Jahat?

Juvana Kelantan: PAS bidas polis

PAS membidas kenyataan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang menuding jari kepada ibu bapa dalam isu tahap jenayah juvana di negeri pimpinan parti Islam itu yang dikatakan membimbangkan.

Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membuat laporan, pihak polis tidak patut mengeluarkan kenyataan itu kerana ia berlaku bawah pengetahuan mereka.

"Kalau sudah tahu (wujud jenayah), polis boleh ambil tindakan, kenapa nak salahkan (ibu bapa).


"Betullah, ibu bapa (kena buat aduan), tetapi polis dah tahu (menjadi) pihak berkuasa untuk menguatkuasa undang-undang, dia boleh ambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.

"Polis tak boleh kata, 'kami tidak dapat nak selesaikan kerana ibu bapa tak buat laporan," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Jalaludin kelmarin yang dilaporkan berkata, pihaknya kecewa dengan sikap ibu bapa dan sekolah yang tidak melaporkan kesalahan melibatkan remaja walaupun tahap jenayah juvana negeri itu membimbangkan.

Katanya, banyak kesalahan juvana melibatkan kes rogol, perbuatan sumbang dan kecurian dalam keluarga tidak dilaporkan bagi menjaga air muka dan nama baik keluarga.|

Menurut Jalaluddin, sebanyak 186 kes juvana dilaporkan pada 2010 dengan 305 pelajar ditahan kerana melakukan kesalahan itu.

Beliau bagaimanapun berkata, terdapat penurunan sebanyak 151 kes tahun lalu, dengan seramai 229 pelajar ditahan. Manakala tahun ini terdapat 68 kes juvana.

http://www.malaysiakini.com/news/203929


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas