Ibadah puasa sepanjang Ramadan tidak bererti jika amalan rasuah berterusan dan hak rakyat miskin dirampas, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
“Jangan ada rasuah, jangan ada amalan merampas, merompak kekayaan yang bukan hak kita. Apa erti ibadah Ramadan kalau rasuah berterusan, pengambilan tanah, balak, kontrak atau komisen yang bukan hak, diteruskan.
“Sebab itu, penghayatan Ramadan bukan setakat menahan lapar dahaga tetapi ke arah ketakwaan kepada-Nya,” kata beliau.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada perutusan sempena kedatangan Ramadan yang disambut seluruh umat Islam di dunia termasuk Malaysia.
Terdahulu, Anwar berkata, Islam menekan penghayatan Ramadan supaya derita rakyat dapat dirasakan dan amalan pembaziran dihenti, apatah lagi melibatkan wang negara yang diamanah.
Katanya, Ramadan harus meningkat kesedaran supaya lebih prihatin terhadap kesengsaan dan derita rakyat miskin, selain memperbanyak sedekah, amal jariah supaya meringankan beban rakyat yang derita.
“Mudah-mudahan ibadah dapat sempurnakan dengan menambah bacaan al-Quqan, munajat kepada-Nya. membaiki akhlak, menambah ilmu dan memastikan matlamat meningkat ketawaan.
“Mudah-mudahanjuga, kita dapat menyempurnakannya supaya dapat mencapai darjat ketaqwaan kepada-Nya dengan lebih cemerlang dan memperoleh barakah,” katanya.
2 lelaki diberkas cuba sihir ketua negara
4 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment