"Felda prihatin, bimbang peneroka akan tanggung rugi besar jika diberi unit besar," jawapan yang diberikan oleh Wan Salman Wan Ismail, ADUN Jengka, sebagai jawapan kenapa peneroka-peneroka Felda diberikan hanya sekadar 800 unit saham.
Jawapan ini mengandungi berbagai pengertian. Pengertian pertama ialah Felda tidak yakin bahawa saham FGV ini boleh mendatangkan untung, justeru, Felda sangat berhati-hati untuk memperuntukkan saham yang besar kepada peneroka dibimbangkan bahawa peneroka-peneroka akan menanggung risiko kerugian.
Pemahaman yang kedua ialah peneroka-peneroka sebenarnya tidak layak untuk memiliki saham yang lebih besar kerana akan menghakis peruntukan saham kepada golongan bukan peneroka termasuk golongan Melayu yang diluluskan oleh MITI dan golongan korporat samada Melayu atau Bukan Melayu, samada korporat dalam Negara atau luar Negara.
Pemahaman yang ketiga ialah peneroka-peneroka sebenarnya tidak tahu perniagaan dunia saham dan saham yang akan diberikan kepada peneroka-peneroka akan hanya membebankan peneroka-peneroka.
Pemahaman yang keempat ialah penyenaraian Felda Global Ventures bukanlah untuk kepentingan Peneroka.
Secara ringkasnya, peneroka-peneroka Felda telah tertipu dengan UMNO/Felda berhubung penyenaraian ini, dan jelas membawa erti bahawa golongan peneroka tidak berhak menerima apa-apa keuntungan daripada penyenaraian ini.
Peneroka-peneroka telah pun diberikan imbuhan sebanyak RM5000.00 hasil daripada pemajakan 850,000 ekar tanah Felda Plantation dan tanah-tanah yang dikategorikan sebagai tanah-tanah yang tidak dimiliki oleh peneroka seperti tanah-tanah lapang, dan tanah-tanah yang kini digunakan untuk keperluan awam. Dijanjikan bahawa isteri kepada peneroka-peneroka akan pula menerima RM5000.00 dan kemudian anak-anak peneroka juga akan menerima RM5000.00.
Pemberian kepada isteri-isteri peneroka menimbulkan kekeliruan apabila peneroka-peneroka berkenaan mempunyai lebih dari seorang isteri.
Lebih parah yang akan menimbulkan persengkitaan didalam keluarga apakala akan dilaksanakan pemberian RM5000.00 kepada anak-anak peneroka. Sekarang pun sudah berlaku sengketa apabila anak-anak peneroka sudah mulai bertelingkah sesama sendiri mengenai pembahagian wang RM5000.00 tersebut. Wang pemberian tidaklah sebanyak mana apabila dibahagi-bahagikan tetapi keretakan didalam keluarga adalah besar dan tidak tertampung dengan pemberian sekecil itu.
Wang hasil dari pajakan tanah-tanah Felda Plantation dan tanah-tanah lain didalam rancangan Felda berjumlah RM5.6 billion, tetapi imbuhan yang diberikan kepada peneroka-peneroka hanyalah sekadar RM1.6 billion. Persoalannya baki sebanyak RM4 billion itu dipelahap oleh siapa. Sehingga sekarang tidak ada jawapan yang diberikan oleh Felda, Isa Samad atau Najib Razak, sama seperti wang yang dipinjam dari KWSP sebanyak RM6 billion. Siapa mentedarah wang itu kerana Felda tidak pernah memberikan sebarang jawapan kegunaan pinjaman sebanyak RM6 billion tersebut. Perlu diingat bahawa KWSP adalah pemegang amanah wang semua pekerja di Malaysia, bukan milik Isa Samad atau Najib Razak.
Terlalu banyak apa yang dilakukan atas nama peneroka Felda menjadi misteri yang tidak ada jawapan. Dan jawapan Felda bahawa peneroka-peneroka hanya sekadar diberikan 800 unit saham didalam FGV adalah alasan yang paling terang dan jelas bahawa Felda terus menerus menipu peneroka-peneroka didalam penyenaraian FGV ini.
http://lubokkawah.blogspot.com/2012/06/hahapeneroka-terus-ditipu-berhubung.html
08 June 2012
Peneroka Terus Ditipu Berhubung Saham FGV
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
blogger pas
,
felda
,
peneroka
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment