Bekas IGP: Ceramah balas undang masalah
Ceramah balas di kawasan berdekatan tidak harus dibenarnya kerana ia seolah-olah mengundang masalah, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Pergaduhan boleh berlaku sekiranya ia tetap diadakan, kata Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam.
Menurutnya lagi, apabila tercetus insiden, kedua-dua belah pihak kemudiannya akan saling menyalahkan satu sama lain dan sukar dicari siapa yang bertanggungjawab.
Ditanya sama ada polis patut campur tangan, Musa berkata, tanggungjawab harus diberikan kepada peserta ceramah untuk mengawal emosi mereka sendiri.
Katanya, oleh kerana Malaysia negara demokratik, setiap pihak boleh saling mengkritik satu sama lain tetapi kemarahan itu tidak boleh disalurkan sebagai keganasan.
Dalam insiden di Pantai dalam dekat ibu negara kelmarin, dua penyokong Pakatan Rakyat cedera, termasuk seorang kanak-kanak ekoran ketegangan daripada ceramah PKR dan Umno yang berlangsung bersebelahan.
0 Komen :
Post a Comment