BlogList Malaysia

20 May 2012

Rahim Noor Cakap Merepek Macam Orang Sasau..

Bekas IGP: Pakatan mahu 'pertumpahan darah' pada 28 April

Bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor mendakwa Pakatan Rakyat akan menggunakan "pertumpahan darah" semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu kerana tidak berkeyakinan akan menawan Putrajaya.

Dalam wawancara dengan akhbar Berita Minggu hari ini, Abdul Rahim berkata penal bebas yang dibentuk untuk menyiasat perhimpunan BERSIH 3.0 perlu menyiasat perkara itu.

"Saya ada terima maklumat berbaur hasutan kononnya pembangkang tidak yakin menawan Putrajaya dan memilih pendekatan pertumpahan darah.


"Kenyataan seperti itu harus dipantau, dicegah segera. Jika betul ada ucapan seperti itu, panel perlu kaji segenap aspek itu," katanya.

Tambahnya, panel berkenaan juga perlu menyiasat gabungan NGO dalam BERSIH yang kini berubah menjadi gerakan massa – yang berniat membangkit kemarahan rakyat dan mengguling kerajaan.

"Kita lihat aspek perancangannya yang rapi, sulit dan pembabitan beberapa individu di sebaliknya yang mempunyai rekod tertentu.

"Gerakan pada 28 April adalah ala-Marxist," katanya lagi yang turut mendakwa beberapa personaliti lain yang terlibat dalam BERSIH mempunyai matlamat politik tertentu.

- Malaysiakini



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas