BlogList Malaysia

04 May 2012

Menteri Cukur Kening Melalak Pasal BERSIH

Pada saya, ada empat sebab utama kenapa Bersih 3.0 diadakan. Pertama, pakatan pembangkang tidak bersedia hadapi PRU13. Walaupun mereka kata bersedia, hakikatnya perbalahan antara PKR, Pas, DAP dan beberapa parti pro-pembangkang di banyak negeri berhubung pembahagian kerusi agak meruncing. Mereka perlu lebih banyak masa untuk selesaikan kemelut ini. Bersih 3.0 bertujuan melambatkan PRU13.

Kedua, tekanan rakyat terhadap Kerajaan-kerajaan Negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kerana gagal mentadbir dengan baik. Rakyat di negeri-negeri pembangkang juga kerap berdemonstrasi menuntut janji-janji daripada pilihan raya dahulu ditunaikan sebelum membuat janji-janji baru. Bersih 3.0 adalah satu cara mengalih tumpuan kemarahan rakyat di negeri-negeri tersebut.


Ketiga, pakatan pembangkang tidak mampu menjawab dan menangani pelbagai skandal yang dihadapi pemimpin mereka. Pelbagai pihak, termasuk penyokong pembangkang sendiri, menuntut jawapan kepada hubungan Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar serta orientasi seks Anwar.

Juga pembelian dan pemilikan saham jutaan ringgit oleh Azmin, kes khalwat Ustaz Badrolamin Baharon dan satu lagi kes seks dalam tandas membabitkan seorang pemimpin tinggi PKR, Mohamed Sabu dengan isteri kawannya, isu pembohongan Mohammad Nizar Jamaluddin, hubungan retak Datuk Seri Azizan Razak dengan beberapa Exconya sendiri, isu Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding dalam PRU-13, desakan supaya Nik Aziz Nik Mat letak jawatan dan kemelut pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Sekali lagi, Bersih 3.0 adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada memberi tumpuan kepada isu-isu tersebut.

Keempat, populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang meningkat. Program turun padang ke seluruh negara mendapat sambutan hangat. Sokongan kaum Cina kepada Ah Jib Gor dan dalam kalangan penduduk India semakin padu. Inilah yang menakutkan pakatan pembangkang. Penganjuran Bersih 3.0 bertujuan menyekat populariti Najib, tapi sebaliknya menjadikan rakyat bertambah mual dengan sikap pembangkang yang melampau.

Pendirian Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Mat Isa mengenai penganjuran demonstrasi dan pemimpin bermasalah moral membuktikan bahawa kepimpinan pembangkang tidak sepakat. Saya juga bersetuju dengan seruan penganjur S Ambiga yang mahu polis ambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada Sabtu lalu. Sebenarnya, beliau merujuk kepada Anwar, Azmin dan dirinya sendiri.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas