Dato Seri Anwar Ibrahim telah diperintahkan hadir ke Mahkamah Jalan Duta esok Selasa,22 Mei 2012, Jam 9.00 pagi. Beliau akan didakwa dibawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan BERSIH 3.0.Perintah tersebut dimohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
Selain Anwar, Azmin Ali dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard turut diminta hadir ke mahkamah.
Ketiga-tiga mereka diberi notis atas dua sebab iaitu melanggar arahan mahkamah supaya tidak berada di Dataran Merdeka dan menghasut peserta Bersih supaya berhimpun.
Sebelum itu, ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya dikejutkan dengan kehadiran enam buah kereta peronda polis hanya semata-mata mahu menghantar dua notis saman ke atas pemimpin-pemimpin PKR tersebut.
Sementara itu, Chegu Bard memberitahu, sebanyak tujuh kenderaan polis dengan lebih kurang 32 anggota menyerbu ke rumahnya dekat sini pada pukul 2.20 petang tadi.
Menurut FB beliau, anggota terbabit kemudian menyerahkan waran meminta beliau hadir ke Mahkamah Jalan Duta esok pada jam 9.00 pagi.
0 Komen :
Post a Comment