BlogList Malaysia

25 April 2012

Menjelang BERSIH 3.0 - Pengusaha Bas Dihalang Bawa Peserta Demo

Dengan tiga hari lagi menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, Himpunan Hijau menuduh Kementerian Pelancongan di belakang komplot untuk menghalang gerakan itu membawa penyokongnya dari Kuantan ke perhimpunan tersebut di Kuala Lumpur.

Presidennya, Wong Tack mendakwa pengusaha bas pelancongan di Kuantan menerima tekanan daripada kementerian tersebut untuk tidak menyewa sebarang bas kepada gerakan anti-Lynas itu.

Ekoran itu, Wong (kanan) mendakwa, lapan bas pelancong yang sepatutnya membawa penyokong Himpunan ke Kuala Lumpur, telah menarik diri.


Walaupun mengakui beliau tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya, tetapi Wong berkata pengusaha bas ada membayangkan perkara itu kepadanya.


"Saya tanya mereka (pengusaha bas) mengapa, tetapi mereka enggan cakap banyak, hanya membayangkan ia ada kaitan dengan 'periuk nasi' mereka," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Bagaimanapun, katanya, Himpunan Hijau akan mendapatkan bas kecil dan kereta persendirian sebagai alternatif untuk membawa penyokongnya ke ibunegara - kira-kira 250km dari Kuantan.

Himpunan Hijau, sebuah gabungan kumpulan alam sekitar yang ditubuhkan untuk membantah loji nadir bumi dekat Kuantan, merancang menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada pagi 28 April, sebelum berarak ke Dataran Merdeka untuk menyertai BERSIH 3.0.

Wong mengutuk kementerian tersebut kerana didakwa mengancam dan menakut-nakutkan pengusaha bas dan menuntut penjelasan dari Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (kiri).


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas