PETALING JAYA: Program berterusan Perdana Menteri dan timbalannya di Selangor tidak mampu untuk BN merampas semula negeri itu dalam pilihan raya umum ke 13, kata Pakatan Rakyat.
Menurut mereka, dengan perkembangan terbaru politik negara ditambah dengan skandal pemimpin BN, rakyat tetap menyokong kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Salah satu skandal terbesar terbaru membabitkan BN ialah keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyalahguna pinjaman NFC berjumlah RM250 juta.
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo pernah meramalkan peluang BN merampas semula Selangor cuma 50-50.
Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat Selangor hujung minggu ini dengan memfokus Petaling Jaya, Shah Alam dan Puchong bagi program mesra rakyat. Beliau telah melawat Shah Alam awal minggu ini.
Ketua Penerangan PKR Kelana Jaya, Halimey Abu Bakar berkata, Najib masih tidak yakin BN menawan Selangor menyebabkan beliau terpaksa turun setiap minggu.
Najib tidak yakin Noh
Katanya, Najib juga tidak yakin dengan kepimpinan Umno negeri termasuk Datuk Seri Noh Omar.
“Kalau Najib yakin kekuatan BN di Selangor sudah tentu beliau tidak turun setiap minggu. Jika BN kuat dia biarkan saja kepada Noh,” kata beliau.
Rosli Daim dari Selayang pula memberitahu, orang datang ke program Najib atau Tan Sri Muhyiddin Yassin semuanya orang Umno atau BN.
Katanya, kalau begitu kekuatan BN tidak bertambah kerana mereka yang datang memang penyokong yang sama juga.
“Mereka datang kerana ada jamuan makan. Mungkin juga dapat wang,” katanya lagi.
16 March 2012
Najib Tak Yakin Noh Omar Dapat Rampas Selangor
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
najib
,
noh omar
,
umno selangor
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment