Siri jelajah dan ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diganggu malam tadi walaupun tidak ada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.
Kali ini, penceramah BN yang juga mengadakan ceramah mereka di lokasi yang sama hanya sekadar menjadi pengacau dan mencetuskan provokasi semata-mata.
Dua lokasi tumpuan semalam adalah di dalam kawasan Parlimen Bukit Katil yang dijalankan di Solok Baroh, Kampung Pasir Puteh, Bachang dan lokasi kedua di Parlimen Jasin iaitu di Kampung Sebatu Sungai Rambai.
Namun, sesi ceramah umpama keadaan di pasar borong apabila pentas kedua-dua pihak iaitu Pakatan Rakyat dan BN yang dipelopori beberapa pemimpin setempat dari Umno cuma dipisahkan dalam jarak kurang 30 meter sahaja.
Perang pembesar suara berlaku apabila masing-masing melontarkan hujah bagi meraih sokongan dan keyakinan penyokong tidak sampai 2,000 orang itu.
Kata-kata kesat
Penceramah Umno yang dilihat banyak menggunakan kata-kata kesat dan tidak profesional itu lebih menyentuh soal isu peribadi Datuk Seri Anwar.
Keadaan itu menimbulkan suasana hangat di kalangan hadirin namun mujur kehadiran ratusan anggota polis yang mengawal keadaan, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Pada sesi ceramah malam tadi, tiada isu baru yang dibangkitkan selain, sekali lagi mengulangi hasrat mahu rakyat melakukan perubahan dalam pilihan raya umum akan datang dengan menyingkirkan kerajaan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dakwaan lambakan kesilapan dilakukan kerajaan Najib terus menjadi senjata utama pemimpin terbabit yang mahukan rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara.
Antara yang disentuh, isu kerajaan BN mengadakan hubungan dengan rejim Zionis dan isu berkaitan projek lembu oleh NFC.
Dalam pada itu, Anwar turut melahirkan rasa lega, berikutan sokongan di kalangan generasi muda yang dianggap mula sedar dengan kelemahan kerajaan sedia ada kini dan mula beralih arah terhadap perjuangan dibawa Pakatan Rakyat.
Sementara itu, sesi ceramah yang diadakan di Kampung Sebatu Sungai Rambai, berlangsung dengan tenang dan dihadiri kira-kira 2,000 penyokong.
Hadir sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dan ADUN Bachang, Goh Leong San. - Tun_Telanai
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
10 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment