BlogList Malaysia

06 February 2012

Negeri Sembilan Akan Jatuh Ke Tangan Pas

PAS berpotensi di lapan DUN Negeri Sembilan

PAS Negeri Sembilan mengenalpasti lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi dimenangi dalam pilihan raya umum depan, kebanyakannya di kawasan pengundi campuran seperti Klawang, Gemencheh dan Chembong.

Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, di kawasan-kawasan itu, pengundi bukan Melayu yang kebanyakannya didakwa Pro-Pakatan Rakyat mencapai jumlah sehingga 40 peratus.

"Justeru saya merasakan ada lapan kerusi yang kita tumpukan untuk kita menang di samping menggerakkan juga kerusi-kerusi lain agar ianya menjadi kemenangan luar jangkaan.


"Setakat ini, semua kawasan sasaran kita ini telah digerakkan jenteranya semaksimum mungkin dan kita yakin, jika semuanya lancar, kemenangan akan menyebelahi kita," anggota DUN Paroi itu dipetik sebagai berkata.

Dalam pilihan raya umum lalu, kecuali Taufek, semua calon PAS tewas di tangan BN. Bagaimanapun, Pakatan Rakyat berjaya menjadi pembangkang kuat di negeri itu apabila DAP menang di tujuh kerusi dan PKR pula berjaya di empat kawasan.

Sekiranya sasaran PAS itu berjaya dan kerusi sedia ada dapat dipertahankan, di atas kertas, Pakatan berjaya mengambil alih negeri itu daripada BN.

Dalam wawancaranya yang disiarkan dalam blog wartawan kanan Harakah, Taufek berkata, tidak melupakan pengundi Melayu, pihaknya melancarkan awal manifesto mereka yang antaranya cuba menyelesaikan masalah tanah adat.

Beliau juga mendakwa mendapat kelebihan di kawasan Felda seperti Serting yang dijadikan Felda Angkat oleh NGO yagn dekat dengan PAS Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK).

"Saya nampak peluang menang sebenarnya cerah kerana kita hanya dipisahkan dengan empat kerusi sahaja dalam pilihan raya umum yang lalu untuk menerajui Negeri Sembilan.

"Justeru dengan gerak kerja yang jauh lebih teratur, saya yakin kita berada di landasan yang sangat baik untuk menerajui negeri ini," katanya.

Sementara itu, berhubugn pemilihan calon, Taufek berkata, majoriti calon PAS di Negeri Sembilan muda baru dan berumur sekitar 40-an.

"Kita ada calon yang sangat dikenali masyarakat, bekas imam, bekas pegawai kerajaan, pengurus bank dan sebagainya, kita sangat kritikal dalam memilih calon," katanya.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas