BlogList Malaysia

16 February 2012

Bongkar Pembohongan Raja Petra

Mengikut posting terbaru blogger dalam buangan di United Kingdom, Raja Petra Kamarudin mengenai pendedahan bersirinya (kini yang kedua) beberapa jam lalu, suka di sini saya menceritakan kembali apa yang benar dan apa yang salah.

1) Tuduhan Anwar terhadap Soh Chee Wen kegagalan 16 September 2009

Bagi sesiapa yang belum tahu, 16 September gagal kerana 30 ahli parlimen Barisan Najis telah dihantar "berkursus" di Taiwan beberapa hari sebelum kesemua mereka melompat seperti yang dijangka.

Adalah tidak benar Anwar mahu membayar setiap seorang dari mereka RM10 juta hanya kerana mahu melompat sedangkan kontradiknya dikatakan oleh Raja Petra, Anwar melarikan berbilion ringgit matawang dalam denominasi RM500 dan RM1000 yang sehingga kini belum pernah dibuktikan kesahihannya.


Rancangan 16 September juga gagal kerana perdana menteri ketika itu, Abdullah Badawi sudah pun mengeluarkan kesemua fail dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan niat tertentu sekaligus mematikan hasrat mereka untuk melompat.

Mengikut kata ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh, kesemua mereka akan dijanjikan perlindungan sekiranya ada cubaan untuk membeli mereka kembali walau dengan nilai sebesar RM15 juta sekalipun.

Soh Chee Wen tidak berani mengeluarkan wang sejumlah RM300 juta kerana ia satu bentuk manipulasi yang akan memakan diri sekiranya Barisan Najis kembali menjadi kerajaan setelah kesemua mereka yang melompat ke Pakatan Rakyat, kembali melompat semula ke Barisan Najis.

2) Kes Elizabeth Wong

Ini hanya satu bentuk omongan kosong Raja Petra kerana jelas Anwar Ibrahim meminta Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan bercuti seperti yang disiarkan sebelum ini.

Soh Chee Wen hanya menganggap kes itu terpencil dan cubaan Umno-APCO untuk merampas semula Selangor dari tangan Pakatan Rakyat setelah idea Kerajaan Perpaduan bersama PAS gagal kerana hanya Hasan Ali saja yang mahu melompat dan menjadi Menteri Besar.

3) Bangunan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana

Walaupun Soh Chee Wen adalah pemiliknya, bagaimanapun setelah kegagalan 16 September, Anwar merasakan bahawa ibu pejabat itu mesti dibeli daripada disewa, menurut Bendahari PKR, William Leong.

Bangunan itu sememangnya disewa pada kadar RM20 ribu sebulan merangkumi kemudahan asas, akan tetapi PKR dikatakan akan membelinya dari Soh sendiri tanpa dijelaskan jumlah keseluruhannya.

Harga bangunan tersebut beserta kelengkapannya mencecah RM1.3 juta dan PKR sedang berusaha untuk membelinya dengan berterusan membayar sewa setiap bulan.

4) RM600 juta dana pilihanraya

Semua orang tahu PKR adalah parti yang termuda dalam Pakatan Rakyat dan sudah tentulah logiknya dana mereka adalah sangat terhad.

Seorang pemimpin PKR (maaf dirahsiakan namanya) mengatakan PKR hanya membayar elaun yang amat terhad kepada mereka dan selebihnya menggunakan wang simpanan sendiri bagi membiayai program parti termasuk perbelanjaan seharian dan bantuan kepada rakyat termiskin di kawasan masing-masing.

Dengan dana terhad, ahli parlimen PKR menggunakan gaji dan elaun yang diterima untuk membantu pemimpin lain yang tidak menjadi ahli parlimen atau ADUN menggerakkan jentera di cabang masing-masing.

Dana lain yang diperolehi termasuk melalui majlis jamuan makan malam, minum petang dan ceramah yang diadakan hampir setiap malam dan diagihkan untuk tabung pilihanraya.

PAS contohnya menggunakan sumbangan yang diterima untuk dana pilihanraya dan bakinya diagihkan untuk tujuan kecemasan seperti bencana alam dan sebagainya.


Kupasan lanjut akan bersambung kemudian.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/02/lagi-pembohongan-raja-petra.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas