Kini, angka yang sudah dianggarkan telah melebihi 12 RIBU orang membanjiri Padang MPK4 Kuantan bersempena dengan Himpunan Hijau yang sudah bermula kira-kira 40 minit lalu.
12 ribu yang hadir tenang mendengar ucapan dan sorakan semangat yang mendesak supaya Lynas ditutup dan dikuburkan buat selama-lamanya!
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sudah pun bersedia untuk menyampaikan ucapannya, mengetuai ratusan pimpinan Pakatan Rakyat bersama-sama dengan ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang baru saja tiba.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengetuai rombongan ahli yang berarak dari hadapan pasaraya Giant menuju ke padang sejauh 1.2 kilometer.
Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob yang dikhabarkan akan hadir langsung tak nampak batang hidung, sebaliknya hanya mendapat maklumat terkini melalui risikan Siput Babi (Special Branch) yang berkeliaran mengesot di sana-sini.
0 Komen :
Post a Comment