Blogger yang hidup dalam buangan, Raja Petra Kamaruddin patut berhenti berfikir bahawa dia masih tidak boleh kembali ke Malaysia. Apa alasan BN memenjarakan dia sedangkan sudah jelas bahawa mereka adalah sekutu. Dia telah membuktikan siapa dirinya yang sebenar dengan menyerang Pakatan sebelum pilihanraya di Sarawak. Sekarang, dia sudah buat hal lagi, dengan menyerang Pakatan sebelum Pilihanraya Umum.
Minggu lalu, Raja Petra megumumkan bahawa dia 90% pasti bahawa Anwar Ibrahimlah yang lelaki didalam video yang didedahkan oleh trio UMNO Datuk T. Raja Petra tidak menerangkan kenapa dia mengambil masa yang lama untuk membuat kesimpulan yang memeranjatkan itu. Namun, yang pasti ianya adalah kerana Pilihanraya Umum yang semakin hampir. Tidak juga dijelaskan apakah kaedah saintifik yang digunakan olehnya untuk membuat kesimpulan siapa lelaki didalam video itu, dan kita sudah maklum sememangnya tiada!
Boneka wayang kulit
Raja Petra sekarang tidak ubah seperti boneka wayang kulit, didalangi oleh puak Umno dimana tindak tanduknya mengikut sahaja skrip mereka. Mulutnya juga sudah mula melaungkan propaganda-propaganda BN, NST dan utusan.
Mari kita lihat kebenarannya, sememangnya RPK bukanlah seorang wartawan yang beretika. Dia lebih suka menghiasi ruang berita daripada melaporkannya. Sumber-sumber berita darinya merupakan karekter-karekter fiksyen dengan harapan ianya akan menambah rencah kepada berita itu. Ini termasuk pada era sebelum 2008 dimana dia nampak lebih menyebelahi Pakatan.
Kebanyakkan pemimpin dan penyokong pakatan tidak berupaya untuk mendiamkan diri bila RPK membuat kenyataan palsu yang memfitnah beberapa orang personaliti BN. Sekarang dia melakukan perkara yang sama kepada personaliti Pakatan.
Namun, RPK sudah melakukan kesilapan yang besar dengan memikirkan bahawa dia seorang yang boleh mensensasikan sesuatu sahaja dan sekarang dirinya pula sedang dicemuh. Blog dan forum yang menjadikan dia terkenal sekarang memaparkan penipuannya. Para pemberi komen juga kejam. Dia menyangka dirinya sebagai ketua tapi sebenarnya hanyalah pemberi maklumat sahaja. Blognya hanya menjadi tempat dimana orang boleh meluahkan kemarahan mereka dengan membenarkan ia menjadi tidak ubah seperti kedai kopi yang dicetak lengkap dengan ruangan teori konspirasi. Namun, dalam usaha untuk menukar sokongan pembacanya dari Pakatan ke BN, RPK sudah sama sekali gagal.
Selain daripada menganalisa video yang dibicarakan di atas tadi tanpa bantuan elektronik mahupun kaedah saintifik, RPK juga menuduh beberapa orang peguam menerima laba dari MBPJ, Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Ia secara faktanya tidak benar. Tidak seorang pun diantara peguam yang dinamakan,iaitu Derek Fernandez, Latheefa Koya, N.Surendran dan R.Sivarasah telah menerima apa-apa habuan dari MBPJ.
Paling menghairankan, mereka semua merupakan peguam-peguam yang memperjuangkan Alam Sekitar, Hak Asasi Manusia dan Haiwan serta sering melakukan tugasan pro-bono. Tidak jelas mengapa RPK telah menjadi terlalu bodoh untuk berani mati memfitnah kumpulan peguam yang tidak korupsi dan terbilang ini. Sivarasah juga dituduh mempunyai pejabat yang tidak mesra pelanggan. Pengunjung yang ingin tahu tentang pejabatnya akan mendapati ia tidak sedikitpun sombang dengan keadaan yang seba kekurangan sahaja. ‘Sumber' maklumat RPK ini tidak syak lagi datang dari salah seorang dari kawan-kawan fiksyennya.
Mengapa perubahan yang mendadak
Jadi mengapa RPK berubah dengan mendadak terhadap Pakatan? Kita boleh membuat spekulasi bahawa ia adalah gabungan dari rundingan dalam Pakatan Rakyat dan dari BN. Rundingan dari BN biasanya adalah dalam bentuk wang, Ini kerana BN sudah menjadi parti politik yang hanya mampu menawarkan wang sahaja.
Disamping kebodohan RPK, dia telah mempunyai idea untuk membentuk sebuah parti alternatif, MCLM. Ia telah gagal sebelum ia bermula kerana ia akan hanya berperanan mengurangkan undi Pakatan berbanding BN. MCLM pula dijangka akan menarik beberapa undi.
Haris Ibrahim, yang tersilap langkah dalam menyertai MCLM, cuba untuk menjadi seorang yang mampu menarik calon-calon Pakatan tetapi diperlekehkan oleh parti-parti komponen Pakatan. Berikutan komen RPK terbaru, Haris telah meletak jawatan dari MCLM dan beberapa orang yang lain telah mengikut jejak langkahnya. Haris sebenarnya seorang yang jujur dan mungkin,merasa terbeban oleh niat RPK yang jahat itu.
RPK akan kembali dalam persada berita di Malaysia tidak lama lagi, mungkin dalam masa seminggu dua ini. Tapi yang pastinya sebelum pilihanraya umum nanti. Trio Ezam, Nalla dan Ummi juga memerlukan seorang lagi untuk menyertai geng itu.
Malaysia Chronicle
0 Komen :
Post a Comment