Pemuda Pas Juga Kena Sindrom Hasan Akidah
Naik Ketua Dewan Pemuda Pas Raja Ahmad Hiss marah dengan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikatakan campur tangan dalam Pas meminta Pas mengambil tindakan kepada Hasan Ali yang menyeru mahasiswa supaya tidak menghadiri himpunan 901.
Kata Raja ahmad Hiss Azmin tidak perlu campur tangan mendesak Pas mengambil tindakan sebab Hasan masih ahli Pas.
Saya setuju kalau Azmin tidak membuat desakan itu secara terbuka. Azmin boleh menyuarakan rasa terkilan atas tindakan terbuka Hasan Ali itu. Tetapi sebenarnya Raja Ahmad juga tidak patut membuat teguran terbuka sama seperti Azmin. Dia juga perlu menyalurkan rasa tidak senang hati itu kepada ketuanya Nasrudin Hasan.
Biarlah Nasarudin yang menyampaikan kepada pucuk pimpinan rasa kurang senang pemuda itu. Bila Raja Ahmad juga menyatakan rasa kurang senang itu secara terbuka dia sama lah dengan Azmin. Sama-sama tidak bijaksana. Sama-sama 'gomal'.
Untuk adil juga Raja Ahmad sepatutnya menegur sama Hasan Ali yang tidak bijaksana membuat seruan itu. Hasan Akidah yang tidak pandai dan bijaksana dalam politik itu sepatutnya ditegur. Malahan menegur Hasan Akidah lebih afdal bagi Raja Ahmad daripada menegur Azmin.
Saya rasa dalam hal ini pemuda yang saya kira setengahnya masih tidak cukup umur politik lebih baik mendiamkan diri. Janganlah cuba menjadi tikus untuk membaiki labu dalam saat orang tua pertelagahan sesama sendiri yang masing-masing hendak menunjukkan cerdik. Pemuda lebih baik tumpu kepada isu-isu pilihan raya.
Isu yang baik pemuda patut membuat kajian berhubung dengan sistem saraan baru perkhidmatan (SBPA) yang kini tidak disenangi oleh kakitangan awam. Isu ini baik diketengahkan dengan luas untuk menarik perhatian kakitangan awam untuk menolak UBN dan menyokong Pakatan Rakyat.
Dengan mencampuri urusan-urusan bersifat peribadi begitu bukan tindakan dan cara berpolitik yang bijak dari pemuda. Kalau hanya untuk bercakap bagi mengelakkan air liur pekat dalam mulut baik tidak usah bercakap. Mungkin pemuda seperti Raja Ahmad atau Nasraudin dan sewaktu dengannya boleh cari buah sentol putik dan kulum dari pagi hingga ke petang.
Apa bila mereka bercakap seolah tidak setuju dengan himpunan 901 sedangkan presidan Abdul Hadi Awang menyatakan tidak setuju seolah kini wujud parti dalam parti dalam Pas. Protes secara senyap juga berlaku. Nasrudin Hasan yang mengatakan akan menghadiri himpunan 901 tetapi bukan kerana peribadi Anwar juga berbau sikap tidak menyokong himpunan berkenaan.
Kenapa terjadi senario demikian? Apakah Pemuda Pas juga telah terkena sindrom Hasan Akidah?
- www.msomelayu.blogspot.com
0 Komen :
Post a Comment