Semalam sewaktu makan nasi Arab di Senawang Negeri Sembilan seorang pegawai tinggi kerajaan memberi tahu maklumat yang saya kira ikhlas diberikan oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar mengenai kedudukan dan peluang UBN di Selangor.
Pegawai itu memberi tahu ketika dia makan bersama Noh Omar bertanya dari hati ke hati macam mana kedudukan Selangor dalam pilihan raya umum akan datang. Katanya Noh menjawab dia sendiri tidak tahu macam mana nasib Umno.
"Susah untuk saya jawab, di tempat saya (Tanjung Karang) insyaAllah boleh memang, di tempat lain sukar diramalkan," jawab Noh Omar. Kata pegawai itu untuk memastikan kemenangan Noh telah menggunakan apa saja peruntukan di bawah kementeriannya.
Menurutnya Noh telah memberi bantuan kepada semua rakyat tidak kira parti. Tetapi katanya bantuan itu diberi separuh saja. Misalnya kalau ada orang miskin minta bantuan nak beli mesin parut kelapa berharga RM700 beliau hanya akan beri separuh sahaja, separuh lagi hendaklah dicari sendiri.
Pegawai itu juga memberi tahu Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani itu banyak menggunakan wang untuk mendapat pengaruh politik di kawasannya. Beliau sendiri hairan dari mana wang itu diperolehi.
Kedudukan Umno di kawasan di Selangor sukar diramalkan kerana berlaku perebutan untuk menjadi calon. Perebutan itu boleh menyebabkan Umno berpecah belah.
Apa yang boleh ditafsirkan dengan kata-kata Noh itu bahawa UBN sendiri tidak yakin mereka akan dapat menumbangkan kerajaan PR di selangor. Apa yang berlaku sekarang ini pemimpin UBN di Selangor sedang giat menjaga kawasan masing-masing.
Senario disebut Noh Omar itu menjelaskan UBN khasnya Umno masih belum merasa mereka selesa di Selangor. Berbagai usaha termasuk menggunakan bekas-bekas pengikut dan penganut Pakatan Rakyat yang berpaling tadah meninggalkan PR.
Dalam pada itu UBN Selangor juga berhadapan dengan masalah siapakah tokoh yang hendak dilangkat menjadi MB. Noh sendiri katanya kurang berminat untuk bertanding di Dun bagi dilantik menjadi MB.
Bekas MB Khir Toyo besar kemungkinan tidak akan dicalonkan semula. Masa depan Khir Toyo dikira gelap zulmat bila mana beliau didapati bersalah melakukan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara setahun.
Sementara itu ada usaha segelintir Umno Selangor untuk mengangkat bekas anak buah Anwar Ibrahim, Ezam Mohamad Nor sebagai bakal MB tetapi awal-awal lagi bekas ketua Angkatan Muda PKR itu ditolak. Rancangan sulit digerakan Ezam bersama gengnya telah dihidup oleh beberapa pemimpin Umno Selangor. [wm.kl.8:22 pm 22/01/12]
http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/rolekls-malam.html
Kedah: Tiga termasuk suami isteri maut kemalangan
34 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment