BlogList Malaysia

22 January 2012

NFC Guna Perkasa Untuk Pertahan Diri?

Isu Perbadanan Fidlot Nasional didakwa berpunca daripada dendam seorang pegawai yang dibuang kerja kerana didakwa pecah amanah dan kemudiannya menjual maklumat berkaitan kepada pembangkang.

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh pengerusi Nasional Feedlot Corporation Datuk Salleh Mohamad Salleh Ismail dalam perbincangan selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

"Dia (pegawai itu) tak puas hati (dipecat), dia jual maklumat," katanya sambil mendakwa perkara itu diberitahu padanya pagi tadi.


Tanpa mendedahkan eksekutif pemasaran itu, Ibrahim berkata beliau difahamkan, laporan polis sudah dibuat terhadap pegawai itu yang didakwa terlibat pecah amanah lebih RM2.5 juta, yang dikatakan diperoleh daripada jualan bekalan bahan mentah kepada pasar raya.

PERKASA dan 11 lagi NGO Melayu hari ini mengadakan sesi dialog dengan pengerusi NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail - yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil - lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Ibrahim turut menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyegerakan siasatan terhadap isu itu supaya perkara sebenarnya dalam disingkap.

“Saya tegaskan kita serah pada SPRM dan pihak polis menyiasat. Hasil terakhir, itulah pendirian kita. Kita percaya kepada integriti badan ini,” katanya lagi.

http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/01/perkasa-pegawai-dendam-jual-maklumat.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas