Kira-kira 1,000 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun sebelum itu hujan renyai-renyai.
Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.
Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.
Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".
Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".
LAPORAN LANGSUNG
7.12 am: Di Masjid Kuala Lumpur, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.
Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.
7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.
Orang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.
7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS.
0 Komen :
Post a Comment