BlogList Malaysia

16 January 2012

Kerana Terlalu Bodoh Hasan Lupa Bahawa Dialah Parasit Dalam PAS

Ulasan Pedih - Si Makmum Yang Baca Kuat Tersilap Baca Teori

Sebahagian orang Pas khasnya yang geli dengan kerenah politik Hasan Ali tentunya boleh menarik nafas lega apabila mengetahui bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu membayangkan dia tidak akan merayu untuk kembali menjadi ahli Pas. Menurut katanya seperti dilapor beliau tidak melihat ada keperluan untuk dia merujuk kepada Pas.

Kali ini cerdik pula Hasan saya tenguk. Dia tahu membaca tindakan dan motif pemecatannya itu. Dia arif menyelami tindakan itu yang bertujuan untuk memaksa beliau meninggalkan jawatan Exco dan juga tidak akan bertanding lagi di Dun Gombak Setia.

Kenapa saya berkata begitu kerana tempoh yang diberikan kepada Hasan untuk merayu selama 30 hari itu satu jangka masa berstrategi. Dan apabila Pas memecatnya bermakna beliau tidak boleh memegang jawatan Exco atas tikit Pas. Manakala dengan tempoh itu Pas atau MB Selangor akan lekas bertindak supaya Hasan meletakkan jawatan Exco untuk membolehkan nama lain diganti. Kekosongan jawatan Itulah yang dikehendaki Pas.


Kalau Pas ikhlas Pas boleh memberi tempoh dua minggu saja kepada Hasan untuk beliau berfikir, bermahasabah diri dan memutuskan secara tepat. Dalam tempoh sebegitu MB tidak tergesa-gesa untuk melantik pengganti baru.

Tetapi bila tempoh itu panjang sudah pasti Hasan akan berlengah dan ia memberi ruang kepada Pas untuk melantik penggantinya. Inilah strateginya. Baguslah Hasan boleh membaca strategi itu, bahawa dia sudah tidak 'dihingini' lagi dan mengambil sikap tidak merayu bagi mengelakkan mendapat malu secara gratis.

Nasib yang diterima Hasan kini telah diulas dan diramalkan dari berbagai sudut oleh macam-macam orang. Pemecatan dan implikasi juga telah dispekulasi dan dicatat di merata tempat dan turut dibualkan di mana-mana saja. Sebagai rekod, pada perhatian saya nasib yang diterima Hasan kini; hilang keahlian, hilang jawatan dan hilang juga penghormatan politik disebabkan kelemahan beliau sendiri.

Ataupun kerana kedangkalan para penasihat dan master maind politiknya. Selalunya seseorang politik bertaraf tokoh seperti Hasan akan dikelilingi beberapa penasihat kumpulan pemikir politik yang memberi tunjuk ajar dan nasihat-nasihat terbaik dan world class.

Bila menghalusi dan diletakkan kanta pembesar di sekelilingi diri Hasan, betullah seperti mana kata Setaiusaha Agung Pas Mustafa Ali, Hasan terperangkap. Cuma saya nak perbetulkan sedikit di sini bukan sangat terperangkap dengan pemimpin Umno, (pemimpin Umno pun bikan licit sangat) tetapi terperangkap dengan kepandirannya sendiri. Kepandiran yang menjelma dari ijazah yang berjela-jela.

Hasan bagi saya tersalah membuat congakan dan teori politik. Kebijaksanaannya dengan memiliki berbagai nijazah sehingga Phd gagal menyelamatkan beliau dalam politik dan menjadikan beliau seorang strategis politik, melainkan hanya bual politik. Bagi saya ada tiga keadaan atau salah baca oleh Hasanh Ali menyebabkan dia terjerumus ke lembah kehinaan seperti hari ini.

Pertama, Hasan mungkin mengira Pas tidak akan memecatnya. Kononnya Pas takut untuk pecat kerana beliau kini popular dan pemecatannya menganggukan hasrat Pas untuk terus memerintah Selangor. Jadi walau macam mana Pas akan mengambil sikap sabar dan tahan marah dari memecatnya. Saya percaya Hasan diberi laporan kononnya pengaruhnya kini semakin meluas apabila beliau berdiri atas prinsip akidah dan kembali menggamit penyokong menerusi kaca tv semula.

Sedihnuya keadaan jadi sebaliknya. Pas tidak gentar dan merasakan bayangan itu satu keadaan menjadikan Pas serba salah. Pas mengambil keputusan tidak popular dan berisiko tinggi, Pas pecat Hasan Ali. Di sinilah saya mengira 'badak tuli yang tidur di lebuh raya' yang saya anologikan kepada presiden Pas telah bangun dan menunjukkan powernya. Tahniah Abdul Hadi. Tindakan ke atas Hasan itu meletakkan Hadi seorang presiden yang ada tahap kesabarannya dan tidak selamanya boleh diperendahkan.

Kedua, mungkin Hasan fikir Anwar Ibrahim akan diringkukkan ke dalam penjara. Dia mahu mengharap laba dari keadaan (trajis) itu dan sedia kalau pun Pas memecatnya. Hasan mungkin bercita-cita untuk mengisi ruang kewiraan yang ditinggalkan Anwar tetapi dalam medan yang berlainan. Hasan mungkin sependapat dengan Umno kalau Anwar dihantar ke penjara kekuatan Pakatan Rakyat akan lemah dan Umno akan kembali berkuasa di Selangor.

Atas teori itu mungkin Hasan mengira dia boleh bersatu dengan Umno untuk menentang Pas dengan dia nanti akan diberikan jawatan peting termasuk MB Selangor dan dengan cara itu angan dan mimpinya untuk jadi MB seperti Muhammad Taib, Khir Toyo dan Khalid Ibrahim akan tergapai.

Bagaiman pun telahan dan bacaan Hasan sekali lagi silap. Anwar tidak dimasukkan ke penjara bahkan mahkamah membebaskan alasan tiada kesalahan. Kini yang terpenjara (hati) bukan Anwar tetapi Hasan Akidah. Yang bebas dan mampu mendongak ke langit bukan Hasan yang betul akidahnya tetapi Anwar si pluralisme itu.

Ketiga, mungkin juga Hasan mengira kalau pun dia disuruh letak jawatan, baginda Sultan Selangor akan mempertahankanya. Beberapa kes atau persedent (kes contoh maaf kalau ejaan Inggeris itu salah) sebelum ini mungkin dijadikan alsan atau hujah, di mana seseorang Exco kalau tidak dilucutkan oleh Sultan dia akan kekal. Alasannya angkat sumpah memegang jawatan bukan hadapan MB tetapi hadapan Sultan.

Hasan juga mungkin yakin penganugerahan datuk paduka kepadanya baru lalu sebagai cerminan yang istana sayangkan kepadanya? Malangnya perasaan syok dan 'hidung besar' itu ternyata juga tersilap. Sultan berdiri atas garis lurus tidak berpihak kepada mana-mana dan berdiri atas kuasa dan peraturan yang dibenar dan ada kepadanya. Apabila Khalid Ibrahim memberi pandangan Sultan terima kemudian meminta Khlid mengisikan kekosongan itu harapan Hasan yang jauh di sudut hati agar sultan membelanya termusnah.

Itulah tiga senario politik yang tidak dapat dibaca dengan tepat oleh Hasan. Dalam sekelip mata sahaja Hasan kalah 3 - 0 selepas baru sahaja dia menang dalam 'permainan persahabatan' (bertelagah) dengan Mustapa Ali dimana dia menang 2 -1.

Di sini Hasan terlupa bahawa permainan sebenar berbeza dengan permainan persahabatan yang lebih kepada untuk menguji minda dan jasmani. Kealpaan inilah membawa malang dan celaka kepada dirinya.

Bercakap mengenai Hasan Akidah, aik Hasan Ali (sebab ada orang marah panggil Hasan Akidah), semalam ketika berjumpa dengan para wakil rakyat Pas secara tertutup di Shah Alam, Nik Aziz ditanyan mengenai hal Hasan Ali untuk mereka mudah memberi penjelasan kepada rakyat.

Biasalah Nik Aziza tidak menjadi secara langsung tetapi penuh dengan anologi dan mantik. Beliau memberi perumpaan dengan merujuk kepada sembahyang berjemaah. Katanya dalam sembahyang berjemaah jemaah makmu kena ikut imam. Imam boleh baca deras (kuat) tetapi makmu tidak boleh baca kuat. Dalam kes Hasan ini dia adalah makmu yang membaca kuat.

Betul sembahyang tidak terbatal dan sah tetapi sikap dan kelakuan Hasan itu menganggu imam dan boleh mengelirukan makmu lain terutamanya yang lurus dan jujur. Jawaban dan kiasan Tokguruku itu memang tepat dan kena sekali. Maka tindakan Pas mengambil tindakan ke atas makmu itu, selepas sembahyang bukan dalam sembahyang adalah tepat dan betul.

Ketika saya di Alor Star seorang tokoh Pas yang juga merupakan pembaca tegar blog saya, bertanya saya mengenai Hasan, apa sudah jadi dengan Datuk Hasan, tanyanya. Saya tidak banyak mengulas dan menjawab secara mantik juga; katanya saya, "dia sedang memperbetulkan akidah politiknya dari betul kepada tidak betul". Tokoh itu tersenyum, berjabat tangan kemudian berlalu sambil tergelak-gelak kecil kelucuan. [wm.kl.12"27 t/hari 16/01/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/ulasan-pedih.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas