BlogList Malaysia

04 January 2012

Jom Baca Apa Kata Orang Bodoh Dari Kedah Nie..

Zamil: Peguam PKR gila publisiti

PETALING JAYA: Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim, mendakwa peguam PKR gila publiti kerana hanya berminat dengan kes tertentu yang menguntungkan parti itu.

Sebaliknya, kes kecederaan membabitkan pegawai polis tidak diendahkan, dakwa Zamil.

Beliau merujuk kes seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Yan, Kedah ditetak ketika menjalankan tugas baru-baru ini.

Isu mahasiswa

“Mana dia pemimpin atau peguam PKR? Sehingga hari tidak ada seorang peguam parti itu melawat mangsa tersebut.


“Peguam PKR ini gila publisiti, mereka sangat gemar dengan isu mahasiswa dan isu tindakan polis.

“Jika pihak polis bertindak sesuatu, mereka bertindak cepat. Padahal umum mengetahui mereka ini kerap ingkar arahan atau tetap berhimpun tapi akan perlihatkan pihak polis kejam jika pihak polis buat halangan.

“Ada saja sidang media dibuat untuk hal ini tapi langsung sepi apabila pihak polis ditimpa musibah tertentu,” katanya.

Zamil berkata, kalau PKR hendak membela, jangan memilih bulu tetapi hendaklah membela semua kerana polis juga anggota masyarakat.

Bagaimanapun, kata jika isu itu tidak menguntungkan mereka, tiada tindakan yang dibuat.

http://dialograkyat.blogspot.com/2012/01/zamil-peguam-pkr-gila-publisiti.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas