Respon serta merta ulamak Zul berok Kulim mengenai pembebasan DSAI mencakupi banyak perkara dan aspek termasuk “Imam Mahdi” ,wudhu dan beristikharah, anti kaum Seks Bebas LBGT, Saidina Ali, syaitan & iblis, berdoa kepada ALLAH memberikan petunjuk, barulah teman mula menaip komen ini,memeranjatkan beruk di Zoo Negara, politik dualam, berkembar dengan Abdullah bin Ubay, “rumah kata pergi, kubor kata mari”, Mahkamah Rakyat, Cuma malangnya slogan mereka ialah DemoKrazy4DemoKerusi!
Semenjak dua menjak ni Ulamak Zul Berok Kulim semakin pandai mengolah.Tulisan penuh boleh dibaca di blognya
Sekali imbas Zul memang betul, apatah lagi dia semacam menyerah dengan humble kepada ALLAH dan menyedari bahawa ALLAH mengetahui semua perkara yang dia lakukan.Sikap yang bagus bagi hamba ALLAH dalam mengharungi kehidupan yang diredhai.Tetapi dalam pada itu, Zul tetap bersikap macam beruk seperti katanya, keputusan ini memeranjatkan beruk di zoo negara, bukan zoo negara sebenarnya tetapi beruk yang ada di Kulim!Memeranjatkan beruk Kulim yang menyamar sebagai ulamak atau mungkin juga ular dalam semak!
Apa tidaknya, Zul cuba mengolah dan mahu orang ramai tahu bahawa DSAI walaupun dibebaskan ialah seorang peliwat hanya dengan mendasarkan hujahnya kepada hujah pembelaan Karpal Singh sedangkan sebagai seorang peguam, Zul amat amat tahu bahawa hujah itu hanyalah hujah pembelaan berdasarkan keterangan saksi utama yang belum ada kesohihan tentang kebenarannya.
Inilah elemen gagalnya Zul jadi ulamak dan elemen yang jelas menunjukkan pembohongannya tetapi Zul sanggup berlindung dengan ALLAH dan menuduh seseorang tanpa bukti dan saksi yang dikehendaki ALLAH!ZUl dah tak takut mati walaupun dia menasihati DSAI dengan nasihat rumah kata pergi, kubur kata mari, sedangkan dia sendiripun tergolong dalam seruan itu.
Zul nak tunjuk hebat kerana istikharahnya tetapi Zul semacam ingat rakyat negara ini jahil tentang istikharah yang menjadi amalan hakim hakim di zaman daulah Islam dulu, yang menjadi amalan tetap iman Bukhari sebelum menulis hadis dalam sahihnya.Zul ingat dia sorang saja tahu pasal istikharah sedangkan ramai anak anak dara yang melaksanakannya serta mendapat ilham selepas itu.Apakah Zul juga mendapat ilham sebelum menulis sedemikian rupa?Tapi kenapa Zul selambanya menggunakan istilah dan ayat ayat sinis untuk memperkecilkan orang yang dibencinya?Kenapa Zul menggunakan hujah Karpal untuk terus konsistant menuduh DSAI sama seperti kebanyakan pemimpin dan pencacai UMNO termasuk Mahathir?Apakah ini penulisan dengan hidayah seperti imam Bukhari menulis hadisnya?
Sejarah telah mencacatkan imam Bukhari meninggalkan banyak hadis hadis kerana beliau tidak yakin walaupun selepas berwudhu dan beristikharah sehingga hadis hadis tersebut dikutip semula olah Al Hakim.Tak kan Zul tak tahu mengenai perkara ini?
Banyak perkara yang boleh dikutip dari tulisan yang nampak cantik dan santai untuk dihujahkan semula tetapi cukuplah setakat ini,Selebihnya masing masing nilailah sendiri cuma satu perkara lagi yang menjadi back fire kepada Zul ialah tentang mahkamah rakyat yang Zul ajak untuk menghukum orang yang durjana.Mahkamah rakyat sedang menghukum dan antara senarai orang yang durjana yang tersenarai dalam mahkamah rakyat sekarang ini ialah Zul Berok Kulim.Yang terbaru seorang doktor falsafah bernama Hassan Ali.
Jadi Zul tak usah cuba memutar arah mahkamah rakyat kerana arahnya sudah kemas disetkan, tetapi sekadar nasihat kepada Zul bertukarlah balik wajah beruk tu kepada manusia sementara masa masih ada!Ajak kekawan sekali!
Buruh mengaku salah bakar rumah ibadat, dijel 4 tahun
51 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment