Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
Jenuh Kedah La dok bagi penjelasan isu Madrasah Salihiah, Kanchut. Setiap kali habis bagi penjelasan, mai pulak tuduhan baru. Ataupun orang baru pulak yang serang tapi dok ulang isu lama yang kita dah bagi jawapan. Sekali pikiag... awat pekak sangat puak2 ni, hati perut dah kena hijab ka? Alang2 hilang sabag, jengkai muka... boh penampaq 2,3 daih.
Terbaru, blog upahan Datuk Mukhriz dok ulang lagi pembohongan pasai Madrasah Salihiah. Kali ni dia petik tulisan Loyar kelentong Zulnordin 10/11 (10 bercakap 11 muhong) yang kini memilih UMNO pimpinan Rosmah-Najib sebagai wadah perjuangan.
Zulnordin 10/11 berkata madrasah (Salihiah, Kanchut) tersebut sebenarnya berfungsi sebagai sebuah masjid. Azan tiap waktu dilaungkan. Solat jemaah tiap waktu didirikan. Ada anak kariah sendiri lagi.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu yang hampir tak pernah turun kawasan sejak jadi YB ni tiba-tiba 'tahu' pulak mengenai madrasah yang terletak di Kanchut, Alor Setar.
Sebenagnya Madrasah Saliliah itu sekarang ini tidak lagi berfungsi sebagai sebuah masjid, sebab Masjid Zahir dah ada berdekatan. Ia berfungsi sebagai pejabat Takaful Ikhlas. Solat jamaah (kalau ada) dibuat hanya waktu Zohor dan Asar dan lepas waktu pejabat 'madrasah' tu tak boleh dimasuki jamaah kerana pintu bangunan dan pintu pagaq berkunci, boh pedai ayam! Kot kata TS bohong cha pi tunggu tengok waktu Maghrib, Isyak dan Subuh. Azan tiap waktu dilaungkan..betul, tapi bukan di surau tu tapi azan dari Masjid Zahir.
Kononnya madrasah tu ada 200 anak khariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang dan Jalan Menanti. Kenyataan tu, mokalu nak muhong orang Kota Kinabalu atau Johor bahru bolehlaa. Tapi jangan cuba terai muhong orang Aloq Setaq. Orang Jalan Titi Siam tak pi jamaah kat situ...jauh, dalam kampung depa pun dah ada surau. Atau kalau depa nak pi surau luaq kampung depa, baik depa pi Masjid Derga atau Pusat Dakwah..lebih dekat dan lebih selesa. Orang Kampung Pisang pun sama, lebih dekat depa pi surau kat belakang muzium. Ada dua buah surau yang berdekatan! Jalan Menanti mana kampung Melayu... pakat pindah habih dah. Dulu kaki masjid kat situ Pak Chen, tapi dia pi Masjid Nagore atau Masjid Zahir... la dia pun aruah dah.
Yang agak ramai Melayu area tu dekat Jalan Lumpur. Kalau tahun 80an atau sebelum tu mungkin mudah depa pi surau Salihiah tetapi dengan kedudukan infra terkini (jalan highway), jarak mungkin dekat tapi jalan yang terpaksa dilalui lebih jauh... baik depa pi Masjid Zahir.
Cakap banyak tak mau laa abang, aku dilahirkan dalam DUN Bakaq Bata. Dilahir dan dibesaqkan dalam Aloq Setaq. Tok Mat Bashah pun bukan anak jati Aloq Setaq macam aku, dia pelarian dari Langgaq.
Hak selebih tu aku dah jawab sebelum ni. Jadi aku copy paste baliklah bahan yang aku pernah tulis tu...
Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
Baru-baru ni tanpa usul periksa dan tanpa mengetahui apa yang sebenar berlaku Mat Bashah hentam tindakan (kononnya) kerajaan negeri mahu roboh surau Salihiah Kancut.
Tiga hari berlangsung Sidang DUN Kedah baru-baru ini tidak ada seorang pun ADUN BN yang bangkitkan isu tersebut sama ada dalam soalan mahupun dalam perbahasan sedangkan semua ADUN diberi peluang berucap.
Begitu jugak sewaktu Exco dan MB menjelaskan secara terperinci isu surau tersebut, tidak ada sekerat pun ADUN BN yang bangun meminta penjelasan walhal MB TIDAK PERNAH tidak memberi laluan kepada ADUN pembangkang yang mahu penjelasan sewaktu beliau tengah berucap.
Sebab mereka semua faham bahawa surau itu di bawah MAIK sebagai pemegang amanah. Majlis fatwa yang dipengerusikan oleh Dato' Mufti telah bermuzakarah sampai la-ik (bahasa Kedah tua bermaksud, halus atau terperinci). MAIK dam majlis fatwa 100 kali lebih alim (berilmu) dari Mat Bashah. Mereka yang buat keputusan membenarkan istibdal yakni pindah wakaf yang tidak mengurangkan manfaat.
Mereka juga tahu bahawa MAIK dan Majlis Fatwa terletak di bawah Tuanku Sultan, kalau masih tak puas hati mereka kena pi mengadap komplen dekat tuanku bukan boleh bahas kat kali lima.
Ada beberapa fakta tak betul yang dimainkan oleh pihak tertentu yang kononnya memperjuangkan surau, walhal surau pun depa jarang pijak. Pijak masjid pun mungkin setahun dua kali, raja posa dan raya haji.
1. Kononnya surau kat shopping complex tu adalah 'ganti wakaf'. Sebenarnya ia bukan ganti harta wakaf. Ganti wakaf diserahkan kepada MAIK RM1.48 juta, pi cari tanah wakaf baru dan buat binaan baru untuk manfaat orang Islam.
2. Kononnya surau dibuat pemaju dalam shopping complex, tak bebas jemaah nak buat aktiviti. Itupun tak betul, surau terletak tingkat bawah cuma attach dengan shopping complex. Ada syiar surau, ada kubah, boleh masuk dari luar. 24 jam boleh guna walaupun shopping complex tu tutup. Puak hak buat demo hari tu boleh buat aktiviti masa mana pun.. jangan dok lepak kat kedai kopi, karaoke atau kedai ekog saja.
3. Kononnya surau tu ada nilai sejarah berusia 100 tahun. Ni lagi bohong besar. Surau yang bernilai 100 tahun di atas tapak tu sudah diroboh tahun 2007 masa zaman BN. Masa depa roboh tu awat puak yang hari ni dok bantah senyap sepi tak kata apa pun? Bangunan yang ada tu baru dibina 2007.
4. Kononnya seluruh bangunan yang berusia 4 tahun itu adalah surau. Tak betul jugak, hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain jugak. Tidak ada kampung orang Islam di keliling kelalang surau tu. Hanya ada beberapa rumah dan mereka lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Jemaah hanya beberapa orang di surau waktu Zohor dan Asar. Waktu lain, pagar pun berkunci sebab bangunan tu disewa oleh Takaful Ikhlas. Bangunan tu lebih berfungsi sebagai pejabat Takaful Ikhlas dari sebuah madrasah.
Sekarang Mat Bashah yang setakat ini dianggap sebagai bakal MB jika BN memerintah Kedah tolong buat penegasan adakah jika BN menang nanti maka projek Aman Central akan dibatalkan atau Aman Central diteruskan tapi bangunan yang terdapat surau Salihiah itu dikekalkan terperosok di celah-celah Aman Central? Mat Bashah sila beri penjelasan...
Dipetik dari - Kedah La
0 Komen :
Post a Comment