BlogList Malaysia

28 December 2011

PKR hak milik - Anwar dan Azmin

Bercerita mengenai hubungan antara Anwar – Azmin, tidak dapat tidak ia ibarat lagu dan irama – tidak dapat dipisahkan. Azmin hari ini adalah orang terkuat dalam PKR dan politik PKR sudah lebih buruk dari apa yang ada dalam UMNO. Penulisan dalam:

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/guest-columnists/46104-al-sheikh-al-juburis-faithful-assistant-a-clique

menceritakan bagaimana Azmin berusaha membentuk rejim nya dalam PKR. Rejim ini dibentuk dengan memanipulasi pemilihan yang ada – catas mencantas sehingga tumbuk menumbok berlaku. Memang usaha ini telah berlaku sewaktu pemilihan PKR yang menyaksikan kekotoran demokrasi yang dibenarkan oleh Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim sendiri turut mencatur pemilihan bersesuaian dengan kehendak Azmin.


Ini bukan satu rahsia di kalangan PKR. Malah ada yang berkata, UMNO jaga sahaja langkah dan jangan melakukan apa-apa kesilapan kritikal – PKR akan runtuh dengan sendiri bila Azmin mengambil alih teraju parti. Semua tahu dan semua bertanyakan kepada satu sama lain mengenai Anwar – Azmin. Malah kalau diselidiki usaha memasukkan kalangan anti Azmin oleh Presiden Parti dan anaknya turut ada tetapi tidak berjaya. Hubungan rapat Anwar –Azmin inilah yang menjadi kecemburuan kepimpinan lain – yang ada antara mereka sudah terpelanting keluar dari jemaah kepimpinan malah ada yang mengambil keputusan untuk keluar dari PKR dan menghentam PKR secara rakus tanpa strategi. Ini berlaku dalam hubungan tiga segi Anwar – Azmin – Ezam.

Malangnya di kalangan PKR masing-masing terkedu dalam membuka mulut mengenai Azmin Ali yang hari ini bukan sahaja menguasai PRK malah menguasai Anwar Ibrahim sendiri. Ini realitinya – Anwar Ibrahim menguasai Azmin dan Azmin menguasai Anwar Ibrahim tetapi mereka berdua tuan milik Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Kedudukan ini dan senario Azmin ini menjadi bualan dalam PKR. Ahli PKR sekian lama kian sama dengan apa yang mereka tuduh terhadap UMNO - malah dalam PKR politiknya amat ketat berlegar sekitar Azmin. Tian Chua sebelum ini diibaratkan reformis hebat yang berpegang pada prinsipal turut sujud ke lantai menyembah Azmin. Pemilihan AMK yang melibatkan tumbangnya Badrul Hisham Shahrin dan longlainya Angkatan Muda Keadilan adalah kerana Azmin. Manipulasi oleh Azmin ini semakin hari semakin mengikat PKR dan hari ini ahlinya hanya disenyapkan oleh Anwar Ibrahim yang condong membicarakan mengenai REFORMASI untuk terus memerangkap sokongan.

PKR sudah berada dalam keadaan yang lebih memualkan. Ini semua kerana Azmin Ali. Namun generasi baru dalam PKR masih mentah untuk mengetahui apa yang berlaku dalam PKR. Bagi mereka yang sudah diikat menjadi kepimpinan akan terus mendongak dengan hinanya kepada Azmin Ali. Mereka dalam PKR tahu namun mereka terpaksa kerana telah menjolok pekasam – mahu tidak mahu mesti sampai ke pangkal lengan.

Dipetik dari - Umno Reform

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas