Tiga parti pakatan pembangkang akan membentangkan manifesto masing-masing pada konvensyen kebangsaan ketiga mereka yang dijadual 14 Jan ini di Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar.
Pengerusi PKR Kedah Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata manifesto itu yang menumpukan kepada pilihan raya umum ke-13 akan dibahaskan perwakilan daripada ketiga-tiga parti sekutu iaitu PKR, DAP dan PAS.
"Selesai sahaja sesi perbentangan dan perbahasan, kita akan adakan deklarasi Alor Setar untuk semua manifesto dan perbahasan yang dibuat," katanya kepada pemberita, di Alor Setar hari ini.
Katanya konvenysen sehari itu dijangka disertai 1,800 perwakilan serta 2,000 pemerhati dan jemputan khas, dan akan dirasmikan secara bersama oleh pemimpin kanan ketiga-tiga parti.
"Pada sebelah malamnya, kita akan adakan ceramah oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak," kata Wan Salleh.
Beliau juga meminta orang ramai terutamanya usahawan tempatan yang mahu berniaga sepanjang konvensyen itu agar menghubungi Md Zahir Ahmad di talian 012-4080963 atau 04-7316284 bagi mengisi lebih 100 lot niaga yang disediakan.
26 December 2011
Pakatan Bentang Manifesto PRU13 Bulan Depan
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment