SERDANG: Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar pada Selasa mendakwa akhbar milik kerajaan Selangor sengaja menyiarkan berita-berita rekaan dan tidak berasas mengenai dirinya.
Noh berkata tujuan akhbar 'Selangorkini' adalah untuk memburukkan imej dan kredibilitinya sekaligus menjatuhkan beliau pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor berkata, rakyat negeri itu tidak akan terpedaya dengan fitnah dan taktik kotor kerajaan Pakatan yang gagal membawa pembangunan dan perubahan drastik di negeri ini.
Katanya, beliau akan menghubungi peguamnya untuk melihat kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu.
"Mereka nak hilangkan kepercayaan rakyat Selangor kepada kepimpinan saya, sebab itu dia (kerajaan Selangor) kata saya lesapkan duit, dia kata pesawah semua nak saya letak jawatan. Mereka cari apa saja cara untuk bunuh orang Umno. Jadi mereka buat fitnah, itulah kerja mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Inovasi MARDI 2011.
Noh berkata, beliau juga sedia berdebat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu-isu yang dibangkitkan itu bagi membolehkan rakyat sendiri menilai dan memahami kebenarannya
07 December 2011
Noh Omar Semakin Panas.. Selangor Makin Mustahil Untuk Dirampas Kembali..
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
noh omar
,
umno selangor
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment