BlogList Malaysia

07 December 2011

Bantuan RM500 Perlu Dapatkan Pengesahan JKKK Umno Terlebih Dahulu

KANGAR – Pemberian bantuan RM500 kepada setiap keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 dalam Bajet 2012 perlu mendapat pengesahan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dun masing-masing untuk melancarkan proses pengagihan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil alih urusan memproses borang permohonan bantuan RM500 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan tiada keluarga yang berkelayakan tercicir.

Menurutnya, LHDN masih terlibat secara langsung menguruskan permohonan setiap keluarga yang layak tetapi segala urusan termasuk pengisian borang akan diuruskan oleh Adun dan JKKK di setiap kawasan.


“Bagi melancarkan permohonan keluarga yang layak, Kerajaan Negeri memutuskan setiap Dun akan membuka dua lokasi pengurusan borang permohonan yang dikendalikan Adun dan penyelaras Dun setiap kawasan. Setiap borang wajib mendapat cop JKKK kawasan masing-masing untuk pengesahan.

“Urusan agihan RM500 bagi setiap keluarga layak dapat dipercepatkan menerusi kaedah ini sekaligus melenyapkan kebimbangan orang ramai untuk berurusan secara terus dengan LHDN,” katanya kepada media selepas merasmikan menyampaikan sumbangan dana perniagaan kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Perlis di Dewan Warisan di sini semalam.

Md Isa berkata, emua lokasi memproses borang permohonan akan dibuka dalam masa terdekat dan agihan RM500 itu bermula 1 Januari ini.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas