BlogList Malaysia

24 November 2011

Sejak Bila Pulak Umno Kedah Prihatin Dengan Islam Nie?

Umno Kedah diminta akur

ALOR SETAR - Umno Kedah diminta akur dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang mem­benarkan tapak Madrasah Salihiah, Jalan Tambang Badak dibangunkan untuk projek pembangunan kompleks beli-belah, Aman Central.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, Kerajaan Negeri memperoleh surat persetujuan bertulis daripada Majlis Fatwa, bukannya diputuskan oleh Ke­rajaan Negeri sewenang-wenangnya.

"Kenapa mahu menidakkan ke­putusan yang diputuskan oleh Majlis Fatwa, sedangkan Kerajaan Negeri sendiri merujuk kepada Majlis Fatwa dan Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebelum membangunkan semula projek terbengkalai itu," katanya.


Menurutnya, walaupun status tapak madrasah itu adalah tanah wakaf, namun jika dibangunkan untuk perkara yang lebih baik, ianya dibenarkan.

"Kerajaan Negeri bukan ambil tanah itu percuma, sebaliknya dibayar pampasan RM1.48 juta kepada Maik dan RM36.9 juta kepada waris terlibat," katanya.

Mohd Azam mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ah­mad Bashah Md Hanipah kelmarin, yang membantah tindakan Kerajaan Pas Kedah membenarkan pengam­bilan tapak dan bangunan Madrasah Salihiah bagi dibangunkan kompleks beli-belah.

Ahmad Bashah mendakwa tin­dakan itu seolah membelakangkan masyarakat Islam, selain menjatuhkan kredibiliti Pas, yang sebelum ini lantang memperjuang syiar Islam.

Mohd Azam berkata, sekiranya Umno Kedah tidak berpuas hati de­ngan penjelasan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini, mereka boleh me­rujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah.

"Jika bantah, ke­napa ketika Sidang Dun minggu lalu, tidak bangkitkan isu ini. Saya pasti Menteri Besar sudah bersedia dengan hujahnya un­tuk menangkis dak­waan tidak berasas membabitkan isu pengambilan tanah madrasah," katanya.

Menurutnya, sepatutnya masya­rakat Islam di negeri ini, khususnya bandar raya Alor Setar bersyukur dengan kemudahan surau baru yang disediakan sebagai ganti dalam kom­pleks, kerana mampu menampung 400 jemaah, berbanding jumlah jemaah sedia ada di madrasah itu.

"Pemaju juga ba­gi jaminan surau baru itu boleh diakses dari luar bangunan, tanpa perlu masuk ke dalam kompleks. Ini memudahkan orang ramai yang mahu tunaikan solat," katanya.

Mohd Azam tu­rut menyangkal dak­waan bangunan ma­drasah itu berusia lebih 100 tahun, kerana bangunan asal madrasah itu sudah dirobohkan pada 2007.

"Sebahagian bangunan madrasah itu disewa kepada syarikat lain untuk perniagaan, bukan diguna sepenuhnya untuk aktiviti agama. Malah penduduk berdekatan juga semakin berkurangan. Lebih elok jika Maik gunakan duit pampasan untuk bina surau di lokasi lain yang lebih memerlukan," katanya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas