BlogList Malaysia

25 October 2011

SPR: Maklumat 40,000 pengundi ‘diragui’ dipamer mulai Khamis

KUALA LUMPUR, 25 Okt ― Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu mulai Khamis ini.

Ia akan dipamerkan bersama daftar pemilih suku ketiga tahun ini di sekitar 1,000 tempat pameran yang diwartkan dan juga menerusi laman web SPR.

Difahamkan kebanyakan nama itu melibatkan kawasan luar bandar.


Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata, pemilih-pemilih yang terdapat dalam senarai itu boleh menghubungi suruhanjaya itu untuk mengesahkan kedudukan masing-masing.

“Pengesahan ini boleh dilakukan dalam tempoh satu minggu sepanjang pameran diadakan,” kata Wan Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata beliau, jika tiada pengesahan daripada mana-mana pihak selepas pameran berakhir, nama-nama yang diragui akan dikeluarkan daripada daftar pemilih induk.

Wan Ahmad berkata, selama ini pihaknya tidak dapat mengeluarkan nama-nama yang diragui itu sebab maklumat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan butiran terbabit adalah sahih.

Bagaimanapun beberapa pihak khususnya parti-parti pembangkang mendakwa daftar pemilih terdiri daripada maklumat yang meragukan.

Wan Ahmad menambah selama ini pihaknya tidak dapat mengeluarkan nama-nama yang diragui itu sebab “kami kena berlaku adil.”

“JPN sudah mengatakan bahawa butiran itu sah, jadi kita mengikut undang-undang, sebenarnya pengesahan sudah mencukupi.

“Dan, SPR tidak boleh dengan sewenang-wenangnya boleh mengeluarkan nama-nama yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumat pemilih terbabit,” kata Wan Ahmad lagi.

Ketika ditanya sama ada pemilih terbabit boleh menghubungi SPR selepas tempoh berkenaan, Wan Ahmad berkata, “ya, boleh. Tetapi mereka kena menyediakan dokumen sokongan untuk tujuan tersebut.”

Baru-baru ini Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.

“Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.

“Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak,” katanya.

Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas