UiTM memang terkenal menjadi kubu Umno sejak dari dahulu, kini dan harap-harap tidak selamanya. Sebab itu sudah ramai pelajar diambil tindakan kerana didakwa terlibat menyokong parti selain dari Umno/BN. Menyokong Umno/BN halal dan digalakkan oleh UiTM tetapi menyokong parti selain Umno/BN adalah 'berdosa besar' dan salah besar di sisi undang-undang nafsu manusia UiTM.
Kini UiTM akan memperlihatkan belangnya sekali lagi. Seorang pelajar Fakulti Undang-undang Tahun 1, Khalid Mohd Ismath dipanggil oleh pentadbir UiTM kerana didakwa menghentam UIA dalam kes Aziz Bari. Pelajar yang menyokong Umno membuta tuli disanjung dan diangkat sebaliknya pelajar yang tidak sealiran dengan kemungkarab Umno dihenyak hingga kumat.
Sementara beberapa pertubuhan pelajar antaranya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Kumpulan Mahasiswa Independen "(KAMI) dilaporkan akan mengadakan demonstrasi besar-besaran jika Khalid diambil tindakan seterusnya disingkirkan dari UiTM.
Saya menyokong penuh hasrat SMM dan KAMI ini. Adalah diharapkan mahasiswa akan bersatu menentang tindakan zalim UiTM ini. Jelas UiTM cuba menutup daya keintelektualan mahasiswa yang mahu memberikan idea dan cadangan terhadap sesuatu isu. Apakah IPTA maksum dan perfect sehingga tidak boleh dikritik dan ditegur.
Mahasiswa juga boleh menyatakan bantahan melalui kertas undi pada PRU 13 nanti jika UiTM terus biadap kerana ramai mahasiswa yang telah layak mengundi.
0 Komen :
Post a Comment