KUALA LUMPUR, 7 Okt — Pasukan pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar keterangan seorang pakar dari Jerman mengenai keadaan sakit bahagian belakangnya sambil mengemukakan rakaman CCTV menunjukkan Ketua Pembangkang itu mengambil satu objek dengan mudah.
Rakaman CCTV yang dikemukakan di mahkamah pagi ini dirakaman di sebuah lif di Desa Damansara pada 26 Jun 2008 — hari Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Rakaman itu menunjukkan Ketua Umum Pakatan Rakyat memasuki lif dan membongkokkan dirinya untuk mengambil beg bimbit dan plastik.
Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertanya kepada pakar bedah ortopedik Dr Thomas Hoogland sama ada klip CCTV menunjukkan bahawa Anwar berupaya untuk membongkok tanpa ada tanda yang menunjukkan beliau sakit.
Bagaimanapun Dr Hoogland berhujah balik dengan mengatakan bahawa beliau tidak dapat membuat penilaian tepat memandangkan rakaman dipertontonkan dengan begitu cepat dan beliau tidak boleh melihat air muka wakil rakyat itu.
“Dia kelihatan macam Encik Anwar dan dia boleh membongkok. Saya tidak pernah kata beliau tidak boleh membongkok.
“Beliau rasa sakit ketika membongkok dan beliau perlu melakukannya dengan perlahan. Di sini anda tidak melihat keadaan itu,” kata Dr Hoogland.
Yusof juga menyoal pakar itu sama ada keadaan fizikal Anwar telah bertambah baik selepas pembedahan pada 2004.
“Ya,” kata Dr Hoogland sambil menambah, meskipun beberapa aspek kesihatan Anwar bertambah baik, artritis semakin buruk.
07 October 2011
Liwat 2 - Klip CCTV tunjuk Anwar boleh ‘bongkok’
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
anwar
,
mahkamah
,
peguam umno
,
skandal seks
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment