Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia (KEMAS) menjelaskan tindakan tabika KEMAS menyimpan makanan kering dalam bilik air dan bersebelahan dengan bahan kimia berlaku disebabkan faktor "kelalaian individu".
Ketua pengarahnya Datuk Abdul Puhat Mat Nayan berkata, tidak semua tabika KEMAS mempunyai ruang stor kerana ada pusat pengajian awal itu berada di bangunan menumpang serta menyewa dan tidak dilengkapi kemudahan stor.
"Hanya bangunan baru sahaja yang dilengkapi dengan ruang stor penyimpanan.
"Penyimpanan makanan kering bersebelahan dengan bahan kimia seperti cat disebabkan oleh faktor kelalaian individu," kata Abdul Puhat.
Laporan Ketua Audit Negara dalam laporan tahunan 2010 menyatakan, sebuah tadika KEMAS didapati menyimpan bahan kering makanan di bilik air, dan ada yang disimpan dalam laci, bekas tong dan stor barangan yang tidak selamat, sesuai dan diuruskan dengan baik.
Dalam kenyataannya semalam, Abdul Puhat berkata, ibu pejabat KEMAS telah menyediakan peruntukan untuk pembelian rak atau perabot bagi menyimpan bekalan makanan basah kering di tabika kendaliannya.
"Bahan-bahan kimia seperti cat dan sebagainya telah dibuang serta dibersihkan daripada tabika berkenaan dan surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada pegawai yang terlibat supaya tidak berlaku lagi kes yang sedemikian," katanya.
26 October 2011
KEMAS Akui Kelalaian Punca Makanan Disimpan Bersebelahan Bahan Kimia
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
audit negara
,
kemas
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment