ESOK khabarnya Najib Razak mungkin tanpa disertai isterinya Rosmah Mansor akan mengadakan lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Kunjungan itu adalah pertama kali Najib sebagai PM.
Sekumpulan pelajar bercadang untuk mengadakan tunjuk perasaan sempena kunjungan Najib itu. Pelajar akan memprotes penggantungan Aziz Bari oleh UIA minggu lalu. Satu memorandum mendesak PM campur tangan juga akan diserahkan.
Tentu Najib seronok mendengar rancangan mahasiswa itu. Itulah yang beliau nanti sempena kunjungan ke UIA itu; mahu mendengar protes terhadap penggantungan Aziz Bari. Kalau tidak ada protes maka tidak bermakna tidak ada gimiklah kunjungan Najib ke UIA. Ia akan menjadikan kunjungan itu biasa saja.
Sekurang-kurangnya bila ada tunjuk perasaan Najib boleh berintraksi dengan mahasiswa. Peluang itu akan digunakan untuk mendekati mahasiswa. UIA selama ini dikenal pasti sebagai lubuk pembangkang. Dalam pilihan raya kampus, parti mahasiswa yang pro kepada kerajaan tidak pernah menang.
Saya cukup yakin Najib akan campur tangan berhubung penggantungan Aziz itu. Di akhir lawatan itu beliau akan membuat kenyataan akhabr agar Aziz dibebaskan ataupun Aziz tidak dikenalkan apa-apa tindakan. Najib mahu mahasiswa UIA dan mahasiswa lain melihat akan keterbukaan beliau dalam berdepan dengan komuniti akademik.
Mungkin penggantungan ke atas Aziz Bari itu sudah dirancang awal-awal dan sebagai gimik sempena kunjungan Najib. Ia dibuat untuk membolehkan Najib berjasa dan peka ke atas kehendak mahasiswa dengan menasihatkan pihak UIA supaya bebaskan Aziz. Bila ini berlaku maka mahasiswa akan berpendapat Najib seorang PM yang prihatin dan dengar kata. Maka Najib dilihat sebagai hero dalam kes Aziz Bari ini.
Kenapa saya kata begitu. Kalau UIA hendak ambil tindakan kepada Aziz dan kalau Aziz benar salah dan bercakap dan boleh menjejaskan wibawa universiti itu, sudah lama Aziz bercakap yang dilihat keras kepada kerjaan. Tetapi kenapa tidak dikenakan apa-apa tindakan dan dibiarkan saja. Sebab itu saya kata penggantungan itu satu strategi.
Lantaran itu saya cukup yakin sempena kunjungan Najib tanpa isterinya esok beliau akan bercakap dan campur tangan berhubung kes Aziz. Beliau akan membela Aziz Bari dan membela kebebasan akademik. Nampaklah nanti betapa pihak pentadbiran UIA bagaimana mereka membuat plan untuk menampakan Najib hebat di mata mahasiswa.
Justeru elok kalau rancangan nak berdemo dan menyerahkan memorandum kepada Najib itu tidak dilakukan. Biarlah Najib berkunjung dengan keadaan tenang dan tidak ada keriuahan yang membolehkan Najib bercakap dan campur tangan. Sesungguhnya demo itu yang dimahui oleh Najib. Jangan memberi kredit percuma kepada Najib sempena lawatan itu. [wm.kl.8:2 pm 24/10/11]- mso
0 Komen :
Post a Comment