KUALA LUMPUR 24 Okt : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan demonstrasi sambil menyerahkan memorandom kepada Perdana Menteri sewaktu lawatannya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), malam esok.
Ini berikutan ketidakpuasan hati mereka terhadap penggantungan pensyarah undang-undang UIAM, Profesor Dr Abdul Aziz Bari baru-baru ini.
Pengerusinya Ahmad Syukri Abdul Razak berkata, sikap Datuk seri Najib Razak yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam menyokong prinsip kebebasan akademik, akan membawa padah kepada beliau pada pilihanraya umum akan datang.
“Kita nak respon PM sendiri samada melihat isu besar atau kecil dan menggesa beliau campurtangan supaya penggantungan Aziz Bari ditarik balik.
“SMM juga memohon perhatian serius dari beliau, dan mahasiswa ingin mengetahui pandangan beliau adakah penggantungan ini wajar kerana Aziz Bari digantung tanpa siasatan,” katanya ketika sidang media di parlimen hari ini.
Pada masa sama, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya turut menyelar tindakan UIAM dan menegaskan tidak mustahil perkara yang sama berlaku di Universiti mereka.
“Kami bertegas dalam hal ini kerana tidak mustahil (penggantungan pensyarah) boleh berlaku di kampus lain,” katanya.
Terdahulu SMM bersama berapa wakil pertubuhan pelajar menghantar memorandum yang sama kepada wakil Pegawai Khas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Turut hadir ialah wakil pertubuhan yang menganggotai SMM, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Pro-Mahasiswa Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipendent (KAMI).
Pada 21 Oktober lalu, ribuan mahasiswa berdemonstrasi di masjid UIA selepas solat Jumaat membantah penggantungan Aziz Bari.
Ekoran dari itu, SMM akan meneruskan kempen-kempen kebebasan akademik dan memberi penerangan kepada rakyat bagi menekankan kepentingan tersebut dalam sistem pendidikan negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22088
Ramai jangka Mike Tyson menang lawan Jake Paul
1 minute ago
0 Komen :
Post a Comment