BlogList Malaysia

25 October 2011

Audit Negara Akui Pengurusan Ekonomi Selangor Terbaik

Penyata Kewangan Kerajaan Selangor Meningkat 20.2 Peratus

SHAH ALAM 25 OKT : Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan keadaan kewangan Kerajaan Negeri Selangor tahun lepas bertambah baik berbanding tahun 2009 di mana ia mencatatkan penambahan sebanyak 20.2 peratus.

Kedudukan kewangan ini disifatkan sebagai memuaskan dengan menyaksikan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta atau 20.2 peratus kepada RM1,586.88 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,319.97 juta pada tahun 2009.

Kumpulan Wang Disatukan bermaksud segala hasil dan wang yang diterima oleh negeri dan kumpulkan menjadi satu "kumpulan wang". Hasil ini tidak termasuk dari sumber Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang lain.


Perkara ini termaktub di dalam Perkara 97(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Hasil Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1,571.50 juta menurun sejumlah RM192.36 juta atau 10.9 peratus berbanding tahun 2009 yang berjumlah RM1,763.86 juta.

Perbelanjaan mengurus yang dilakukan turut menurun sejumlah RM382.56 juta atau 20.9 peratus menjadi RM1,447.26 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,829.82 juta pada tahun 2009.

Selain itu, laporan audit juga membuktikan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri sejumlah RM99.87 juta atau 16.6 peratus kepada RM502.05 juta pada tahun 2010 berbanding RM601.92 juta pada tahun 2009.

Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat adalah elemen yang membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas