BlogList Malaysia

18 September 2011

Belit.. Jangan Tak Belit..

Muhyiddin nafi Putrajaya beri pekerja Bangladesh kerakyatan, hak mengundi

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dengan keras dakwaan kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pekerja-pekerja Bangladesh status kerakyatan penuh bagi membolehkan mereka mengundi memihak perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.

“Ia tidak benar. Saya tidak tahu sama ada sumber (maklumat) itu benar atau tidak, tetapi sangat jelas (ia) sesuatu yang tidak betul,” kata Muhyiddin kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Makkal Sakti hari ini.

Katanya, kerajaan menguatkuaskaan prosedur yang ketat apabila mempertimbangkan status kewarganegaraan kepada rakyat asing dan oleh itu, tiada pertimbangan istimewa diberikan kepada rakyat Bangladesh.


Muhyiddin juga berkata BN tidak begitu terdesak untuk mendapatkan undi rakyat Bangladesh dalam pilihan raya umum akan datang.

“Meskipun mereka mengundi, apabila ia dimasukkan ke dalam peti undi, tidak siapa yang tahu siapa yang mereka akan mengundi,” kata Timbalan Pengerusi BN ini.

Sehubungan itu kata Muhyiddin, kerajaan akan mendapatkan penjelasan daripada Kedutaan Malaysia di Bangladesh berhubung isu terbaru ini.

Dalam laporan dibawa oleh Keadilan Daily kelmarin, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya yang bekerja di Malaysia mudah memperoleh status kewarganegaraan dan layak mengundi.

“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini. Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” kata Fuziah yang juha Ahli Parlimen Kuantan memetik pengakuan Sheikh Hasina, yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd — laman rasmi hal ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Maklumat laman itu mendakwa Sheikh Hasina berkata pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam reaksinya semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan itu sebagai sesuatu yang serius.

“Ini satu dakwaan yang serius. Saya minta rakan-rakan agar membantu menentukan kesahihan kenyataan itu sama ada benar atau tidak,” kata beliau.

Laporan itu muncul ketika pembangkang membuat siri dakwaan bahawa rakyat asing yang bekerja di negara ini mudah mendapat taraf kerakyatan dengan syarat mengundi kerajaan Bn dalam pilihan raya umum.

Malah ia juga dikaitkan dengan langkah urusan pemutihan warga asing di negara ini yang berakhir akhir bulan lalu.



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas