BlogList Malaysia

02 September 2011

Alasan SPR batal dakwat kekal tak menyakinkan

Alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pusingan U secara tiba-tiba berhubung penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum Mac 2008 adalah "tidak meyakinkan", kata kabel diplomatik Amerika Syariakt yang bocor dua hari yang lalu.

Pada pihan raya umum lalu, SPR telah mencadangkan penggunaan dakwat kekal, tetapi tiga hari sebelum 8 Mac 2008, penggunaan itu diumumkan ditarik balik oleh bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Menurut kabel itu, diplomat Amerika Syarikat difahamkan keputusan Abdul Rashid menarik balik penggunaan dakwat pada 4 Mac lalu adalah kerana tekanan daripada parti pemerintah BN.


"Pada sidang media yang terburu-buru itu, (Abdul) Rashim yang diapit oleh (bekas) Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail, tergagap-gagap membacakan satu kenyataan yang disediakan bagi mengumumkan penamatkan secara rasmi penggunaan dakwat kekal itu yang diperkenalkan oleh SPR sembilan bulan lalu,” kata kabel itu.

Alasan Abdul Rashid, dasar itu terpaksa diterbalikkan kerana terdapat laporan ada pihak yang cuba mensabotaj proses pilihan raya dengan menyeludup sejumlah besar dakwat kekal ke negara ini.

"Hujah SPR untuk menarik balik penggunaan dakwat kekal tidak meyakinkan. Apapun, kredibiliti SPR terjejas teruk pada malam sebelum pilihan raya yang menimbulkan kecurigaan dalam proses pilihan raya Malaysia, " kata kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu.

Pembatalan itu adalah dibidas oleh parti-parti pembangkang serta kumpulan pemantau pilihan raya yang mendakwa terdapat "pengundi hantu" pada daftar pemilih, yang boleh menjejaskan usaha untuk proses pengundian yang bersih dan adil.

"Meskipun kedua-dua pemimpin Umno dan PAS pernah didapati bersalah pada masa lalu kerana menggunakan pengundi hantu, pemimpin PAS mendakwa SPR membenarkan Umno mendaftarkan penyokongnya dalam daftar pemilih bagi membantu Umno menawan Kelantan dan mengekalkan kemenangan di Terengganu," katanya.

Menurut diplomat Amerika itu, kedutaannya telah menghantar pasukan pemantau pilihan raya ke enam negeri-negeri utama pada pilihan raya Mac 2008, yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua-pertiga di Dewan Rakyat buat kali pertama selepas tahun 1969 dan pentadbiran lima buah negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas