PETALING JAYA, 28 OGOS – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim perlu meminta maaf bagi pihak TV RTM yang dikuasai kerajaan Barisan Nasional kerana telah menyiarkan berita palsu dan hasutan menegnai murtad.
Berita yang disiarkan oleh TV1 pada jam 8 malam tadi telah mengaitkan para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP, dengan sebuah laman Facebook yang dinamakan “Murtad in Malaysia & Singapore”.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Rais perlu bertanggungjawab terhadap fitnah yang amat berat itu dengan melakukan siasatan segera terhadap sikap tidak professonal TV1 dan TV3.
Katanya, mereka yang bertanggungjawab menyiarkan berita palsu dan hasutan itu perlu dipecat dari jawatan mereka.
Menurutnya, DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan stesen-stesen TV berkenaan yang telah menyiarkan laporan palsu itu yang mengaitkan pemimpin DAP seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Dr Boo Cheng Hau dan Ean Yong Hian Wah dengan laman Facebook tersebut.
Beliau berkata, TV1 turut mengaitkan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim yang juga Adun Kota Damansara yang cuba digambarkan kononnya membelakangi kepercayaan agamanya.
“Berita (palsu) itu sudah tentu disebarkan untuk mengapi-apikan sentiment dan kemarahan orang Melayu dan Islam di negara ini, terutamanya terhadap Pakatan Rakyat, yang mana naman-nama pemimpin mereka telah ‘dijumpai’ kononnya menjadi sebahagian daripada kumpulan Facebook itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pua menjelaskan, amat jelas sekali penyiaran berita palsu yang berniat menghasut itu oleh media milik kerajaan dan UMNO adalah sebahagian daripada kerja terkutuk yang terancang untuk memecahkan perpaduan rakyat bagi mengekalkan kuasa Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, keadaan pentadbiran Najib yang amat terdesak kerana semakin kehilangan sokongan rakyat, termasuk sokongan orang Melayu sendiri, telah memaksanya untuk berbuat apa sahaja termasuk perbuatan keji seperti menyiarkan berita palsu dan menabur fitnah.
Malah, tambah beliau, demi kuasa, BN sanggup menggunakan sentimen agama yang boleh menghancurkan negara ini.
Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, TV1, sama ada benar-benar jahil atau sengaja tidak mahu tahu fungsi Facebook, bahawa tiada siapa yang dapat menyekat pentadbir mana-mana laman Facebook untuk memasukkan sesiapa sahaja (add to group) dalam kumpulan Facebook tersebut.
Tambahnya, tidak ada syarat yang memerlukan kebenaran sesiapa sahaja yang mempunyai laman Facebook untuk dimasukkan (add) dalam mana-mana kumpulan Facebook.
“Dengan itu, mereka yang dituduh menjadi penyokong laman Facebook tersebut sebenarnya tidak sedar atau tahu nama mereka berada dalam kumpulan tersebut. TV1 telah melanggar etika dalam laporannya kerana tidak mengesahkan berita dengan mereka yang terlibat.
“Sedangkan (TV1) tahu bahawa kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat amat mudah untuk dihubungi,” ujarnya.
Pua berkata TV1 patut dikenakan tindakan kerana mencipta dan menyebarkan berita palsu untuk menghasut kebencian di kalangan rakyat jelata.
Beliau menambah bahawa tindakan TV1 menyiarkan berita palsu sama seperti TV3 yang menyiarkan berita palsu pada 21 Ogos lalu yang mendakwa kononnya wujud usaha memurtadkan orang Islam oleh sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur setelah mendapat aduan daripada “Surau Al-Musyrikin” yang tidak pernah wujud sama sekali.
Jelasnya, semua perbuatan jahat itu telah dirancang dengan rapi tanpa mempedulikan kesannya kepada keharmonian dan perpaduan kaum serta agama di negara ini.
sumber dari – Roletkini.com
Kenyataan bengong dari pemimpin PAS
47 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment