KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Peguam yang mewakili keluarga Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu, berkata banyak perkara yang diragui tentang kematiannya, termasuk punca kematian yang ditulis pada sijil kematian, lapor KeadilanDaily.
“Salah satunya ialah punca kematian pada sijil Baharudin tidak dinyatakan dengan jelas,” kata Ahmad Jufliz Faiza ketika dihubungi Keadilandaily.
Menurut Ahmad Jufliz, sijil kematian yang dikeluarkan pada 11 Julai itu hanya ditulis pending laboratory analysis di butiran punca kematian.
“Laporan bedah siasat hanya mengambil masa sekitar dua minggu untuk siap, namun keluarga mangsa masih lagi tidak perolehi sebarang dokumen bedah siasat,” ujarnya.
Ahmad juga hairan dengan kenyataan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid pada 22 Julai lalu yang menafikan kematian Baharudin disebabkan tindakan ganas polis.
Allahyarham sebelum ini turut dikesan mengalami patah tulang rusuk, patah gigi dan luka pada bibir.
Namun polis berkata ia berpunca dari rawatan bantuan pernafasan (CPR) yang diberikan pihak polis sedangkan, laporan bedah siasat masih belum dikeluarkan oleh pihak hospital.
“Polis sepatutnya kena jalankan siasatan dan memberi kenyataan berdasarkan fakta dan bukannya berunsur politik,” kata Ahmad Jufriz lagi.
Semalam, balu allahyarham, Rosni Malan memfailkan notis di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya laporan bedah siasat suaminya didedahkan kepada umum.
Keluarga mangsa juga memohon mahkamah mengarahkan majistret menjalankan inkues bagi menentukan punca kematian Baharuddin dan supaya polis mendedahkan semua dokumen berkaitan kes itu.
Rosni, 55 turut merayu orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantunya mencari kebenaran dan keadilan terhadap arwah suaminya.
Rosni dan keluarganya juga menafikan allahyarham menghidap sebarang penyakit kronik seperti mana dakwaan polis bahawa Baharuddin mati kerana komplikasi jantung.
“Terdapat banyak tuduhan yang dibuat mengenai kematian suami saya tetapi apa yang saya tahu berbeza dengan maklumat yang diterima. Suami saya sentiasa sihat sebelum ini dan tiada tanda dia mengalami apa-apa sakit yang serius,” katanya seperti dilapor. - Harakahdaily
02 August 2011
Punca kematian Baharudin dalam sijil tidak jelas
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
bersih
,
meninggal dunia
,
pdrm
,
peguam.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment