BlogList Malaysia

09 August 2011

PAS kunjung Jais, gereja awal minggu depan

PAS telah menghantar surat rasmi kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama bagi menetapkan tarikh pertemuan antara mereka — dijangka awal minggu depan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, kedua-dua surat itu telah dihantar melalui faks ke pejabat kedua-dua badan itu pagi ini.

“Kami cadangkan kunjungan kepada Jais dibuat pada 15 Ogos ini manakala kunjungan ke Gereja Methodist pula akan dibuat 16 Ogos ini. Jika kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh itu, kami akan ke sanalah,” kata Mustafa dipetik Harakahdaily hari ini.


Sehingga kini, PAS belum menetapkan siapa wakil mereka ke pertemuan itu namun Mustafa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan dapat bersama kerana sudah ke luar negara.

“Besar kemungkinan ia akan diketuai oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu di samping saya dan beberapa yang lain,” kata Mustafa.

Pertemuan dengan Jais dan gereja diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa PAS pusat, Ahad lalu.

Ia bertujuan untuk mendapat gambaran dari mereka sendiri sebelum membuat apa-apa pendirian ekoran tindakan Jais memeriksa gereja berkenaan baru-baru ini.

Tindakan Jais memeriksa gereja itu telah mendapat reaksi yang panas dari pelbagai pihak di negara ini.

Ada yang menyokong di samping ada yang membantahnya secara keras.

Ekoran itu, PAS memutuskan untuk mendapatkan bukti dan gambaran yang jelas sebelum mengambil apa-apa sikap. - TMI

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas