Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini mendedahkan bahawa polis sedang mencipta konspirasi baru untuk dikaitkan dengan parti itu berhubung penahanan enam aktivisnya di bawah Ordinan Darurat.
Setiausahanya, Arutchelvan berkata, dakwaan itu berdasarkan soal siasat yang dilakukan oleh tiga unit polis iaitu siasatan ibu pejabat polis daerah (IO), D6 Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Cawangan Khas Bukit Aman.
Menurutnya, mereka menggunakan pelbagai teknik untuk soal siasat, bahasa kesat, pendekatan lembut dan keras, menanam ketakutan, penderaan (dipaksa berdiri untuk 7 jam) serta melagakan satu ahli dengan ahli yang lain.
PSM juga bimbang enam tahanan itu dipaksa menandatangani beberapa dokumen yang tidak diketahui isi kandungannya.
Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim turut hadir pada sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina.
Dipetik dari Harakahdaily
0 Komen :
Post a Comment