KUALA LUMPUR, 13 Julai: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengingatkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof agar jangan terlalu angkuh.
Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Aziz yang berkata pihak SPR tidak akan tunduk pada mana-mana pihak berhubung tuntutan 8 perkara yang di kemukakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai lalu.
Katanya, kenyataan tersebut hanya akan menambah lagi pandangan buruk pelbagai pihak berhubung pengendalian SPR yang ada sekarang untuk memastikan pilihan raya umum akan datang dapat berlangsung dengan adil dan bersih.
Menurutnya, jawapan SPR bagi lapan tuntutan Bersih yang lalu, SPR hanya menyatakan masih ada ruang untuk parti pembangkang untuk menghebahkan manifesto melalui akhbar masing-masing tetapi tidak menyentuh soal media rasmi seperti RTM dan Berita Nasional Malaysia( Bernama) yang jelas terbukti tidak memberi liputan yang adil antara kedua-dua pihak yang bertanding.
“Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam tuntutan mereka menyebut semua media rasmi perlu memberi liputan yang seimbang kepada semua parti politik.
“Saya kira soal liputan yang seimbang akan terjawab dan selasai jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) boleh memberi peluang kepada setiap Parti walaupun jangka masa yang singkat sekitar 15minit untuk menerangkan manifesto masing-masing pada pilihan raya umum yang akan datang,” ujarnya.
Mohd Yusof juga menyanggah kenyataan Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Abu Bakar Yahya yang berkata golongan muda yang menyertai himpunan Bersih yang lalu dipengaruhi dan dipergunakan kumpulan tertentu.
“Ini zaman anak muda, golongan muda tidak mungkin mudah di pergunakan. Zaman sekarang sudah ada arus media baru yang semua pihak boleh mendapat maklumat dengan pantas dan boleh menilai yang mana betul dan yang mana menipu,” katanya.
Tambahnya, tidak timbul soal golongan muda ramai menyertai himpunan Bersih 2.0 kerana dijanjikan bayaran wang ringgit seperti kenyataan Abu Bakar.
Dipetik dari Harakahdaily
13 July 2011
Kenyataan pengerusi jadikan SPR tambah buruk
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment