Lima lelaki dan tiga wanita, termasuk timbalan ketua pemuda PKR Kedah Gooi Hsiao Leung ditangkap kira-kira jam 9.20 pagi ini di Alor Setar kerana didakwa merancang menyemarakkan kempen BERSIH 2.0.
Mereka juga didakwa cuba menjual kemeja T kuning dengan logo BERSIH.
Sebelum sidang media mereka yang dijadualkan di Pekan Cowboy, Alor Setar sempat bermula , polis terus menyerbu dan mengheret beberapa pemimpin yang dijadual berucap ke tepi sehingga mencetuskan kekecohan.
Gooi menjerit: “Beritahu kami apa dakwaannya sebelum tangkap kami".
Namun, pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Adzman terus mengheretnya.
[Berita penuh menyusul]
0 Komen :
Post a Comment