Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga, berkata perhimpunan yang dirancang Sabtu ini akan diadakan di sebuah stadium selepas mendapat nasihat Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Berita Berkaitan:
[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Julai — Pemimpin Pakatan Rakyat menerima tawaran tadbiran Najib semalam yang menyatakan kesediaan Putrajaya memberi kerjasama untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di stadium.
“Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” kata pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kenyataan itu ditandatangani Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok.
Kata kenyataan itu Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.
Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, proses reformasi ini perlu dilaksanakan segera sebelum pilihan raya umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0.
“Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini.
“Ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman,” kata kenyataan itu lagi.
Oleh yang demikian, tambah kenyataan itu, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan.
Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/07/terkini-pakatan-terima-himpunan-bersih.html#ixzz1RDR7g2WC
0 Komen :
Post a Comment