BERSIH 2.0 : "Saya Terpegun Melihat Polis Memukul Melayu"
Saya masih ingat, semasa zaman sekolah rendah, seorang budak Melayu yang gemuk dan comel menjadi sahabat baik saya. Bersama kami pergi dan balik dari sekolah, bersama kami bermain guli, buat bising, bersorak. Pernah sekali dia memberitahu emak saya bahawa saya membeli makanan ringan secara senyap-senyap di sekolah, dan saya dimarah emak saya selepas itu. Saya sangat marah pada ketika itu, namun akhirnya saya berbaik-baik juga dengannya. Namun, sepanjang saya membesar, saya disosialisasikan dalam masyarakat Cina di Malaysia.
Ada perkara yang didedahkan kepada saya. Maka kasih dan sayang saya pada kaum Melayu berbaur dengan rasa benci. Benci dan ketakutan menyelubungi saya untuk 20 tahun. Dan pada 9 Julai 2011, kebencian dan syak wasangka saya terhadap orang Melayu yang terpendam dalam hati saya telah di-nyahkan!
Empat hari sebelum perhimpunan, saya mengambil keputusan untuk menyertai perhimpunan ini. Yang paling membimbangkan saya ialah keluarga dan teman wanita saya. Saya yakin mereka tidak akan bersetuju dengan saya. Untuk dua hari saya runsing hal ini. Akhirnya saya membuat cubaan berani untuk mengajak teman wanita saya pergi bersama. Saya memberitahu bahawa itu kekuatan yang diletakkan Tuhan dalam hati saya. Saya harus berbuat demikian. Anggaplah kami pergi dating sambil berarak. Saya telah bersedia untuk dihujani teguran atau nasihatnya.
Dia tanya kepada saya, betul nak pergi? Saya jawab, "Betul..." Dan dia bersetuju dengan saya! Pada saat-saat itu saya terperanjat, menatapnya dengan mata yang terbeliak. Kemudian ketakutan mula menular dalam hati saya. Kerana, betul kami nak pergi ni....
Baca seterusnya disini
0 Komen :
Post a Comment