Datuk Maslan: Apakah generasi baru peneroka bodoh?
Nampaknya pihak “ANAK” aktif membahagikan borang peserta peneroka Felda plantation sebagai persiapan awal sebelum 100 hari selepas memerintah. Nampaknya sambutan amat baik sekali.
Nampaknya Mazlan Aliman, selaku Ajk Pas Pusat amat aktif dan segala usaha beliau membuahkan hasil. Perjuangan beliau dalam menuntut hak peneroka melalui undang-undang dan mahkamah telah menampak hasil kini. Tuduhan buruk terhadap beliau oleh pihak Felda nampaknya sebagai fitnah semata-mata. Sekarang ini beribu peneroka Felda menyaman pihak Felda sendiri atas penipuan maupun gagal melunaskan pembayaran tanama semula.
Tiada cadangan bahagikan tanah Felda kepada golongan muda
Kerajaan tidak bercadang membahagikan tanah seluas 341,000 hektar yang diuruskan oleh Felda Plantations kepada generasi baru golongan peneroka kerana bimbang sekiranya generasi baru itu menjual tanah tersebut, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan.
Beliau berkata jika dibahagikan 341,000 hektar tanah ini kepada generasi muda peneroka yang berjumlah 1.6 juta orang, setiap mereka akan mendapat 0.2 hektar, dan tanah yang tidak termaktub dalam Akta Tanah Berkelompok (GSA 1960) itu boleh dijual atau digadai.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas antara kandungan buku jingga yang merupakan Agenda Pakatan yang diperkenalkan oleh pakatan pembangkang pada Konvensyen Pakatan kedua di Kepala Batas tahun lepas, yang merujuk kepada saranan supaya Felda Plantation dibubarkan, dan tanah itu diberikan kepada anak cucu peneroka.
“Segala pendapatan dan bajet tahunan datang daripada tanah itu. Hasilnya dikembalikan kepada peneroka dan anak penoraka, gaji gaji dibayar kepada 23,000 pekerja Felda dan 60,000 pekerja ladang,” katanya. Katanya Felda pasti akan bankrap sekiranya agensi itu diuruskan oleh pembangkang.
- Bernama
Sekarang ini terserah kepada generasi muda. Kalau Umno-BN masih lagi diberi kuasa nescaya tiada perubahan sebagaimana sekarang. Felda akan terus menjadi kubang bagi pemimpin Umno untuk tempat berkubang merembat duit rakyat. Sebuah institusi yang mempunyai asset dan kewangan yang banyak selepas Petronas tetapi kini meminjam dengan Kwsp sebanyak 6 billion. Adakah Felda benar-benar bangkrap? Apa yang rakyat dapat?
Janji PR adalah untuk mengagihkan dan memasukkan peneroka baru ke tanah Felda Plantation tersebut, jika PR memerintah. Tepuk dada tanya selera. Entahlah kalau rakyat menolah tuah dengan janji kerajaan PR nanti. Sedangkan bagi Umno-BN tidak mempercayai generasi baru seolah-olah jika diserahkan tanah tersebut kepada generasi baru nescaya akan dijual? Bodoh sangatkah orang muda ini menurut pandangan Datuk Maslan? Atau sebenarnya ada agenda lain yang tersembunyi?
Apapun… siapa memerintah selepas Pru 13 adalah ditangan anak muda. Inilah saatnya anak muda bersama gelombang membuat perubahan baru dan harapan baru. Nafikan bahawa anda bukan bodoh. dan Peneroka Felda bukan lagi aset tetap bagi Umno-BN.
Datuk Maslan: Apakah generasi baru peneroka bodoh?
Tranungkite
0 Komen :
Post a Comment