BlogList Malaysia

25 June 2011

Polis ambil kenyataan pemimpin AMK kerana ajak peneroka sertai Bersih 2

PETALING JAYA: Lima anggota AMK dipanggil polis untuk diambil kenyataan berikutan satu ceramah di Felda Gedangsa, tengah hari Selasa lalu.

Dalam ceramah itu, Naib Ketua AMK Hulu Selangor Mohd Hafiz Abdul Rahman dikatakan mengajak masyarakat peneroka menyertai perhimpunan Bersih 2 di Kuala Lumpur, 9 Julai depan.

Akibatnya, Mohd Hafiz terpaksa ke balai polis Felda Gedangsa malam tadi untuk memberi kenyataan setelah satu laporan polis dibuat terhadap ucapannya itu.

Manakala empat ahli AMK diambil kenyataan di balai polis sama siang semalam.


“Saya disiasat antara 45 minit hingga sejam malam tadi sebelum dibebaskan,” katanya.

Mohd Hafiz berkata, ceramah di Felda Gedangsa itu bukan anjuran AMK tetapi pasukan khas kerajaan negeri Selangor.

Elizabeth Wong tidak hadir

Tetapi, Exco Elizabeth Wong tidak hadir, tetapi pemimpin PKR dari Pahang, Suhaimi Said menyampaikan ucapan mengenai peneroka Felda.

Mohd Hafiz merupakan penceramah terakhir yang menurutnya tidak ramai peneroka hadir kerana ada khabar angin mengatakan program itu dibatalkan.

“Dalam ucapan terakhir saya meminta peneroka yang hadir di program tersebut menghadiri perhimpunan Bersih 9 Julai depan.

“Seorang anggota yang hadir di program telah membuat laporan terhadap ucapan saya itu,” katanya yang dihubungi hari ini.

Polis menurut Mohd Hafiz mendakwa ucapan saya meminta peneroka hadir perhimpunan Bersih itu sebagai menghasut.

Bersih akan mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur bagi menuntuk pilihan raay bersih dan adil. - Free Malaysia Today

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas