BlogList Malaysia

13 June 2011

Pilihanraya Masjid - Umno Sudah Jadi Arwah Di Pulau Pinang

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong.

Saya menyokong tindakan tegas dari Kerajaan Pulau Pinang yang tetap akan meneruskan kaedah pemilihan anggota jawatankuasa masjid melalui pilihan raya dan mempertahankan tindakan itu adalah mengikut undang-undang.

Tindakan itu menggambarkan betapa sesuatu yang dilakukan sebuah kerajaan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat Pulau Pinang itu diyakini betul dan tidak bercangah dengan undang-undang dan peraturan yang sedia ada.

Mana mungkin mereka sengaja mencari masalah dalam keadaan PRU ke 13 semakin hampir dengan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan peraturan melainkan apa yang dilakukan adalah mengembalikan hak rakyat yang telah dinafikan sekian lama bagi menentukan siapakah yang selayaknya mentadbir rumah Allah itu.


Cuma yang jelas gelisah dan menjadi semacam cacing kepanasan ialah UMNO yang akan kehilangan kuasanya yang sekian lama mempolitik mesjid di Pulau Pinang.

Apalagi ianya akan berlaku dalam keadaan ruang yang masih ada pada UMNO untuk terus menipu rakyat dengan menghalang mesjid dari diimarahkan selain dari solat 5 waktu iaitu dengan ujudnya pengajian dan majlis berbentuk keilmuan yang lain pasti akan menggugat kedudukan UMNO dikalangan orang Islam dan melayu Pulau Pinang yang masih menyokong parti lapuk itu.

Sebenarnya mereka sekian lama ditipu oleh UMNO dengan ceteknya pengetahuan agama , kerana itu mengembalikan mesjid kepada sebuah jawatankuasa yang lebih bertanggung jawab untuk mendidik masyarakat dan ahli qariyahnya pasti semakin memojokkan UMNO ke sudut orang salah.

Kebetulan pula ianya akan berlaku dalam keadaan Ramadhan akan menjelang tidak sampai 2 bulan lagi dan dengan JK qaryiah yang baru, saya yakin seluruh mesjid di Pulau Pinang akan berkumandang dengan majlis keilmuan bukan hanya manjlis berbuka puasa sahaja.

Sebenarnya realiti di Pulau Pinang menunjukkan beberapa tempat yang hebat dan penuh dengan program kelimuan telah memperlihatkan minda masyarakat beralih kepada Pakatan Rakyat seperti sekadar contoh yang berlaku di sekitar Parlimen Permatang Pauh dan DUN Penanti.

Bila orang Melayu sedar mereka sekian lama berada di jalan yang salah bersama UMNO, InsyaAllah peluasng UMNO untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang semakin malap. Apalagi rakan kongsinya dalam BN iaitu Gerakan yang semakin terpinggir sehingga memungkinkan parti itu akan mengalami fenomina hilang wang deposit pada beberapa DUN dalam PRU akan datang.

Isu sebenarnya dalan pemilihan JK mesjid ini ialah isu UMNO yang sedang pertahankan talia hayatnya yang terakhir bagi mengekalkan sokongan orang melayu kepada UMNO. Namun saya lihat mereka gagal untuk menghalang Kerajaan Pulau Pinang untuk meneruskan usaha yang baik yang cuba digambarkan buruk dan andaian yang jahat dari pelbagai pihak yang semacam diupah oleh UMNO termasuk Perkasa.

Hari ini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim mewndendahkan dan berkata, Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1)(b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang).

Maka telah terang lagi bersuluh bahawa segala tohmahan dari pembangkang di Pulau Pinang adalah putar belit dengan niat jahat untuk terus kekal mempolitikkan mesjid.

Malah kata beliau,"Tatacara baru yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ini merupakan penambahbaikan tatacara peraturan yang sedia ada diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak bahawa kaedah baru itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Abdul Malik berkata: “Kita ikut undang-undang dan enakmen yang diwartakan Kerajaan Negeri.”

Katanya, tatacara baru itu memberikan hak kepada anggota kariah untuk mencadangkan jawatankuasa masjid masing-masing kepada MAIPP sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya cara menentukan anggota kariah yang layak mengundi, beliau berkata, jawatankuasa kariah sedia ada yang akan memutuskan mereka yang layak mengundi.

Akhirnya saya Ucapkan Syabas kepada Kerajaan Pulau Pinang yang dengan tegas mempertahankan haknya nya dan saya kira kalau ada lagi usaha jahat Pembangkang BN untuk menghalang usaha iotu , mereka sebenarnya telah membuka pekung didadanya dan memberi jawapan segera bahawa BN sudah tidak ada peluang lagi untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 13 Jun 2011.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas