BlogList Malaysia

17 June 2011

Hackers: A New Malaysian Hero

Aku hampir give-up. Dengan kepimpinan yang bangang dan sentiasa ditipu oleh SPR. Sentiasa dipermainkan oleh polis dan FRU. Yang sentiasa dibuli oleh Barisan Nasional….sapa yang boleh diharapkan?Aku tak harap dengan pemimpin politik untuk mengubah politik Malaysia.

Beberapa jam sebelum kejatuhan Pakatan Rakyat Perak, aku diberitahu bahawa Sultan tak ada hak untuk menyingkir Menteri Besar. Sultan kena ikut Undang-undang tubuh Kerajaan Perak. Aku pun beli Undang-undang tubuh Kerajaan Perak tapi kerajaan Pakatan Rakyat jatuh juga. Mampuih pi la dengan Undang-Undang Tubuh.

Selepas itu aku diyakinkan dengan Sidang DUN. Speaker tidak boleh disingkirkan tanpa undi majoriti. Tapi akhirnya Speaker diheret macam …aku tak tau…binatang pun orang tak heret macam tu.


Come on Brader. This is Malaysia!!

Kalau pilihanraya boleh mengubah kerajaan, sudah lama kerajaan pilihanraya itu diharamkan

. Kalau undang-undang boleh menjatuhkan kerajaan, undang-undang itu sudah pasti dipinda.

Kalau hakim boleh mengatakan Bn bersalah, sudah pasti hakim itu ditukarkan.

Kalau BN boleh dijatuhkan………ooopppss ……….yang ni boleh.

Dalam satu diskusi dengan pelajar-pelajar UPM beberapa bulan lalu, aku ditanya oleh seorang Pensyarah. Apakah perubahan politik akan berlaku di Malaysia?

Aku jawab .."Ya"

Apakah perubahan itu akan diterajui oleh Anwar Ibrahim?

Aku jawab "Tidak"

Siapa?

Aku jawab…."Ni…budak-budak yang dikategorikan sebagai Gen-Y. Depa tak ada nama besar, bukan pemimpin politik tetapi aktivis kebebasan.".

Masa tu aku tak boleh nak terangkan secara detail apakah peranan yang akan dilakukan oleh Gen-Y yang mampu merubah politik negara. Tapi hari ini cukup jelas.

Pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada hari ini terdiri dari Gen Boomers dan mereka telah gagal. Anwar gagal melakukan perubahan dari dalam tong taik sehingga dia sendiri di campak keluar. haji Hadi dan Kit Siang juga gagal merubah senario politik walaupun sudah hampir tarikh luput.

Gen X juga mencuba untuk merubah senario politik dengan reformasi dan demonstrasi. Sejak 1974 hingga 2011, demonstrasi gagal melakukan perubahan secara total.

2011 adalah era Gen-Y. Gen-Y mampu melakukan apa yang generasi sebelumnya gagal. Jangan terkejut dan jangan pandang rendah kemampuan Gen Y yang baru hendak belajar mengambil lesen kereta. Mereka mempunyai kemampuan yang masih belum diiktiraf.

Apakah dengan berpuluh sidang media Azmin mendesak SPR telus dan adil akan berjaya? Kalau berjaya…BN akan bungkus. Jadi jangan harap Azmin akan berjaya dengan sidang media.

Dulu kita desak supaya Pengerusi SPR ditukar, tapi apakah Pengerusi yang baru lebih baik? Lebih teruk.

Jangan buang masa dengan Azmin ataupun melayan kerenah SPR. hangpa suruh budak berumur 19 tahun pi hack database SPR. Lepas tu publishkan semua maklumat pengundi dan biar semua orang tengok. Semua orang dapat tengok data yang sama. Tak perlu bising, tak perlu sidang media. Budak 19 tahun yang tidak dikenali mampu mengubah SPR tanpa sidang media atau demonstrasi.

Hangpa cakap pung-pang mendesak SPR, mengutuk SPR tapi apa hasil pun tak dapat. Budak umur 19 tahun buat diam-diam…dapat hasil.

Apakah dengan kembalinya Anwar keParlimen dan berhujah empat jam akan dapat mengubah pendirian kerajaan untuk mendedahkan perjanjian tol? Aku tak percaya perkara itu akan berlaku…walaupun Anwar bercakap sepuluh jam. tapi panggil budak 19 tahun, suruh dia hack komputer kerajaan…kemudian publish dalam website.Budak umur 19 tahun yang tidak dikenali mampu melakukan apa yang Anwar gagal melakukannya.

Demo BERSIH nanti sudah pasti akan dihadiri oleh Gen-X. Gen-Y duduk rumah main playstation ataupun update Facebook.

Apakah demo nanti mampu merubah pilihanraya yang lebih adil? No. Aku tak percaya. Bila kepala kena cekup, ekor lari berterbangan. Tengok demo Hindraf. Bila pemimpin ditangkap. organisasi berpecah. Orang India macam tu juga.

Tapi Gen-Y mampu mencapai hasil yang diidamkan melalui demo ini…hanya dengan melakukannya dari bilik tidur masing-masing. Just hack the government!! Tak perlu bertempur dengan FRU. tak perlu bertempur dengan polis….tapi mereka mampu menumbangkan kerajaan.

Adakah mereka penjenayah? Sebelum hangpa bagi kat depa macam-macam label…faham betul-betul.

Ada perbezaan diantara Hackers dengan Crackers.

Hackers adalah mereka yang bertanggung jawab dan beretika. Mereka mahukan sesuatu yang lebih baik…bukan menghancurkan atau mengambil kesempatan.

Laman-laman web kerajaan digodam…untuk memberi peringatan kepada kerajaan supaya jangan rasuah. Laman web free pun depa charge RM1.8 juta. Laman web 1pengguna.com yang berharga RM1.4 juta juga begitu mudah digodam. Pasai apa? Sebab rasuah.

Laman web 1pengguna.com yang sepatutnya bernilai RM140.00 macam Malaysiatimes.my…tapi depa claim RM1.4 juta.

Hackers memberi amaran sebelum digodam. Kalau tak berubah…depa yang akan ubah. And they can do it!!!

Hackers dikenali sebagai mereka yang membina sesuatu, menyelesaikan masalah dan tidak memusnahkan kod atau sistem. Mereka menggunakan kemahiran mereka dengan tujuan baik. Cuma kebanyakan orang memberikan persepsi negatif terhadap hackers. Malah, hackers jauh lebih bermoral dari ahli politik. Depa tak tipu orang, tak ambil duit orang.

Crackers adalah mereka yang menceroboh dengan niat yang tidak baik. Nak mencuri data ataupun nak mencuri duit.

Dengan lain perkataan…"Hackers build things, crackers break them."

Apa yang berlaku kepada laman-laman web kerajaan sehari dua ini adalah amaran supaya kerajaan berubah. Kalau kerajaan tidak berubah, aku percaya juga, bahawa hackers ini akan mampu mengubah kerajaan.

Mula-mula aku ingat hackers yang menggodam laman web kerajaan Malayisa ini orang luar negeri…but hey!!! Mereka adalah anak-anak kita!!!

Yahoo….they’re a new Malaysian hero.

Tontoni video disebelah. dan kenali siapa hackers yang menggodam laman web kerajaan disini.

Sumber - Malaysia Times


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas