Perkasa: ‘Tak kisah jika Pemuda Umno mahu cabar sendiri Bersih’
KUALA LUMPUR, 18 Jun — Perkasa yang mendakwa mengetuai lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 tidak kisah jika Pemuda Umno mahu mengadakan perhimpunan berasingan pada 9 Julai ini, hari yang ditetapkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.
Sehubungan itu kepimpinan Perkasa tidak mahu menyertai mana-mana pertubuhan politik yang menganjurkan tindakan sedemikian walaupun matlamat adalah sama.
“Pada saya, kita anggap ia usaha yang bagus untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0, tetapi kami tidak akan sertai mana-mana parti politik... terpulang kalau mereka mahu buat secara berasingan,” kata Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali ketika dihubungi tengah malam tadi selepas pihaknya merumuskan program Gerakan Aman 9 Julai, yang akan dilancarkan petang esok.
Gerakan Aman itu, yang akan dilancarkan di Kelab Sultan Sulaiman di sini, dianjurkan Perkasa dan sekumpulan NGO bagi mengadakan siri program bagi memaksa Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan 9 Julai.
Perkasa berkata pihaknya juga akan turun ke jalan untuk berarak jika Bersih 2.0 tidak membatalkan hasrat mereka.
Bermakna tiga pihak — Pemuda Umno, Perkasa dan Bersih 2.0 dilihat akan berhimpun di ibu negara pada 9 Julai ini.
Syed Hassan menambah, oleh kerana dari awal-awal lagi Pemuda Umno sudah mengatakan bahawa mereka hendak mengadakan perhimpunan balas menentang Bersih 2.0 secara berasingan, maka “kami, pertubuhan bukan kerajaan memutuskan untuk mengadakan usaha menghalang Bersih 2.0.”
“Kami tidak kisah jika Pemuda Umno mahu buat perhimpunan sendiri (menentang Bersih 2.0), terserah kepada mereka. Kami akan buat usaha kami,” katanya lagi tetapi menimbulkan persoalan mengapa baru sekarang sayap Umno itu kelihatan mahu mengadakan perhimpunan dan perarakan seumpama itu.
Katanya, Pemuda Umno tidak mengambil pendekatan sedemikian dalam banyak isu menyentuh kepentingan orang Melayu dan Islam sebelum ini.
“Perkasa akan bersama pertubuhan bukan kerajaan, kami tidak akan sertai perhimpunan anjuran Pemuda Umno... kami hendak bertindak sebagai NGO,” kata Syed Hassan lagi.
Ketika ditanya sama ada Perkasa, yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bebas Pasir Datuk Ibrahim Ali, akan mengundang Pemuda Umno agar menyertai usaha mereka, Syed Hassan berkata:
“Mereka dari awal sudah kata hendak buat perhimpunan sendiri. Jadi, buat apa nak kami hubungi mereka. Kalau mereka mahu, mereka boleh menghubungi kami.”
“Kami akan meneruskan tindakan kami sehingga Bersih 2.0 dibatalkan. Jika tidak dibatalkan, kami juga akan adakan perarakan, tetapi kami akan buat sendiri... bukan bersama Pemuda Umno,” kata Syed Hassan.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata Pemuda Umno akan berdepan dengan tindakan sekiranya mereka meneruskan cadangan untuk mengadakan satu lagi perhimpunan pada 9 Julai ini.
Hishammuddin yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata, tiada sesiapapun yang melebihi undang-undang dan mereka perlu berhadapan dengan polis seperti orang lain.
Kelmarin, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa pergerakan itu juga akan mengadakan perhimpunan 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, bagi menyokong sistem demokrasi serta peranan dan pembaharuan yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Hishammuddin dilaporkan berkata keputusan untuk menganjurkan perhimpunan itu merupakan keputusan jawatankuasa eksekutif Pemuda Umno.
Justeru kata Naib Presiden Umno itu, ia merupakan pendirian Pemuda dan bukan Umno secara keseluruhan.
18 June 2011
Berlakon Pulak Puak-Puak Nie...
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
bersih
,
pemuda umno
,
perkasa
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment