Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Zainal Abidin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau mengharapkan kejutan daripada rakyat untuk menumbangkan kerajaan negeri pimpinan DAP yang dilihat mengamalkan politik tidak bertanggungjawab.
Tak tahulah aku apa jenis kejutan dari rakyat yang dimaksudkan oleh Datuk Zainal Abidin tu.. kejutan dari rakyat buat UMNO dengan menguburkan terus UMNO di Pulau Pinang atau kejutan dari rakyat buat Pakatan Rakyat dengan memenangkan semua calon-calon dari Pakatan Rakyat..
Di kawasan Seberang Perai ni yang aku tahu dua nama besar dari UMNO tak akan bertanding lagi pada PRU13 ni.. sorang ADUN dari Seberang Jaya dan seorang lagi MP dari Kepala Batas..
Yang dari Seberang Jaya tu dah kena cantas pasal tak sehaluan dengan Ketua Bahagian biarpu ada persamaan yang ketara antara mereka .. orang kata depa takut bini... ha..ha.. tak tahulah aku betul atau tidak.. ramai kawan-kawan depa kata macam tu..
Dari Kepala Batas pulak Pak Lah bakal berundur pasai dah tak laku dah.. ada pun serupa tak ada saja sekarang.. Semoga Tun Pak Lah berbahagia..
Umno Pulau Pinang harap kejutan dalam pilihan raya umum
PEKAN: Umno Pulau Pinang mengakui bakal menghadapi cabaran getir pada pilihan raya umum akan datang, namun mengharapkan ‘kejutan’ daripada rakyat untuk menguasai kembali negeri itu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) kini bukan hanya melawan parti politik, sebaliknya turut berdepan jentera kerajaan negeri.
“Kalau dulu, BN bertarung bagi mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, begitu juga di Selangor dan Kedah…kini, kita bukan sahaja melawan parti tetapi jentera kerajaan negeri, orang yang sedang berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Pekan di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhammad dan Ketua Puteri Umno Pekan Nor Azita Abdul Rahman.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang sebagai paling sengit dalam sejarah politik tanah air.
Kejutan rakyat
Zainal Abidin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno bagaimanapun berkata, beliau mengharapkan kejutan daripada rakyat untuk menumbangkan kerajaan negeri pimpinan DAP yang dilihat mengamalkan politik tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata Pakatan Rakyat mengharapkan keburukan pada negara dan kesusahan rakyat demi untuk berkuasa.
“Mereka mahu ekonomi negara merudum dan harap harga barang serta minyak naik supaya rakyat akan marah kerajaan (BN),” katanya.
Beliau berkata Umno di negeri itu kini sedang berusaha keras bagi mengembalikan sokongan rakyat termasuk mengadakan program tinjauan mesra setiap minggu.
“Malah parti-parti komponen BN juga telah bangkit dan mula mengorak langkah dan saya yakin sedikit masa lagi rakyat akan kembali kepada BN,” katanya.
Sementara itu, Zainal Abidin memohon kerajaan persekutuan agar mengkaji mekanisme terbaik bagi mengatasi kenaikan harga barangan dan minyak yang kini menjadi kegusaran rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
- Anak Sungai Derhaka
Sarung cincin di jari bukan di kemaluan, kau ni dah kenapa?
37 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment